“Doakan Resultnya Esok. Moga Tak Ada Apa Yang Serius.” -Jihan Muse

Share

Siapa yang tak kenal dengan pengacara Jihan Muse yang terkenal kepetahan dan lawak secara spontannya. Kemunculannya sering mendapat perhatian apabila setiap kata-katanya mencuit hati.

Namun, semalam menerusi muat naik entri Instagramnya pengacara berusia 35 tahun ini telah berkongsi sekeping gambar sedang melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Dengan tidak memaklumkan masalah kesihatannya dan hanya meletakkan hastage  #sakitmakmak telah mendapat perhatian peminatnya. Beliau mengharapkan keputusan pemeriksaan kesihatannya tidak serius.

“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.. .Doakan result nya esok. Moga takde apa yg serius. Maaf lah kpd pihak terlibat terutamanya utk urusan kerja, saya tak boleh bg 100% buat masa ni sebab kena berjaga2 sebelum kene jaga.”

Menjengah diruangan komen, rata-rata mendoakan kesembuhan buat Jihan. Malah rakan artis juga turut mendoakan diberikam kesembuhan. Semoga urusan Jihan Muse dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.

 

Sumber: Instagram Jihanmuse