Kekeluargaan

“Doakan Pantang Saya Dipermudahkan” Raja Farah Selamat Bersalin Anak Keempat!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Raja Farah yang telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Raja Farah menimang seorang cahaya mata perempuan malah bersalin secara normal pada pukul 1.05 petang, semalam.

“Syukur Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan bayi perempuan semalam. 9 Jun 2024. 1.05 petang. Bersalin normal.

“Syukur Ya Allah. Keluarga kami dah berenam sekarang,” katanya berkongsi.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga turut memohon doa agar urusan berpantangnya dipermudahkan kali ini.

“Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan pengikut Raja Farah turut mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi comel itu.

Untuk rekod, Raja Farah dan suami yang merupakan ahli perniagaan, Iskandar Ismail mendirikan rumah tangga pada 6 September 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Imran Iskandar, Ilham Iskandar dan Intan Iskandar.