“Doakan Mak Masuk Syurga Firdaus Ya.” Ebit Lew Santuni 2 Beradik Saksi Ibu Maut Kemalangan, Bikin Netizen Sebak!

Share

Kisah dua adik beradik ini mengundang sebak ramai orang bila mana mereka menyaksikan sendiri ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya.

Difahamkan, ibu kepada dua adik beradik ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih memilukan lagi apabila kedua beradik ini menyaksikan sendiri jasad ibu mereka di jalan yang sama.

Kisah dua beradik ini viral selepas Nurfa Ray  berkongsi cerita duka dua beradik ini.

Rata-rata menghulurkan rasa simpati dan tak kurang memberikan kata-kata semangat supaya adik-beradik ini tidak terus dilanda kesedihan. Antara yang turut memberi perhatian akan nasib keluarga ini adalah termasuklah Ebit lew, pendakwah yang disayangi ramai.

Dalam satau perkongsian di laman faceboknya, Ebit Lew memuat naik beberapa keping gambar ketika membuat alwatan ke rumah adik-beradik berkenaan sambil menghulurkan bantuan.
Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya.
Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis.

Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri.
Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga.

Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.

Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.