Berita

“Doakan kesembuhan Along”. Perlu Jalani Pembedahan Lagi

Share

“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Aamiin.” 

Farah Md Isa atau Farah Cie. menerusi hantaran di Facebook, memohon semua mendoakan kesembuhan pengawal peribadinya, Muhammad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along ditembak ketika melindungi dirinya.

Farah juga berkata masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam

Kredit: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Along dijangka akan menjalani pembedahan lagi esok. Perkara itu dimaklum isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, yang memberitahu Muhammad Nur Hadith masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya dan keadaannya belum stabil.

“Peluru itu terkena pada usus suami dan darah masih tidak berhenti. Saya dimaklumkan doktor menunggu darah berhenti dan keadaannya stabil sebelum melakukan sekali lagi pembedahan dijangka esok.”

“Buat masa ini suami masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesti Baca: Allahuakbar! Pengawal Peribadi Ustazah Farah Cie Ditembak Di KLIA

Sumber: FB Berita Harian & Farah Cie

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my