“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Aamiin.”
Farah Md Isa atau Farah Cie. menerusi hantaran di Facebook, memohon semua mendoakan kesembuhan pengawal peribadinya, Muhammad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along ditembak ketika melindungi dirinya.
Farah juga berkata masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam
Kredit: Berita Harian
Menurut laporan Berita Harian, Along dijangka akan menjalani pembedahan lagi esok. Perkara itu dimaklum isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, yang memberitahu Muhammad Nur Hadith masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya dan keadaannya belum stabil.
“Peluru itu terkena pada usus suami dan darah masih tidak berhenti. Saya dimaklumkan doktor menunggu darah berhenti dan keadaannya stabil sebelum melakukan sekali lagi pembedahan dijangka esok.”
“Buat masa ini suami masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tersentuh hati membaca perkongsian jurulatih keibubapaan, Dr Taufik Razif yang berkongsi cerita pengalamanya berada di Syria kini.
Beliau dengan beberapa ahli Serantau Muslim telah ke Jordan dan Beirut minggu lepas untuk misi kemanusiaan, melahirkan rasa hiba melihat keperitan hidup rakyat di sana.
Benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika kita leka dengan segala ‘kemewahan’ makanan yang enak di bazar ramandan atau dimasak isteri tersayang pelbagai hidangan serta minuman pelbagai rasa untuk berbuka puasa, masyarakat di sini sebaliknya.
Salah satu perkongsian yang dipaparkan oleh Dr Taufik ini mengundang sebak bahawa ada antara mereka mempunyai ikhtiar untuk mendapatkan minuman sejuk untuk berbuka puasa. Sungguh mereka begitu tabah dan redha dengan situasi negara.
Alang alang nak buka puasa kejap lagi ni saya nak kongsi sikit la pada korang resepi air sedap di kem Pelarian Syria yang saya baru dapat daripada keluarga Syria Pakcik Abdullah semalam
Resepi Air Pelarian Syria
———————————–
1. Cari baju anda yang paling menyerap peluh & lembapan
2. Gunting dan lubangkan beberapa bahagian baju tersebut
3. Tuangkan air dingin waktu subuh ke dalam botol plastik
4. Ikat dan lilit baju yang sudah digunting dan dilubangkan tadi pada botol tersebut
5. Simpan air tersebut di tingkap kemah yang berdebu sehingga waktu berbuka puasa
Siap! InsyaAllah kesejukan air itu akan bertahan sehingga waktu berbuka puasa. Inilah alternatif keluarga Pakcik Abdullah untuk mendapatkan sedikit nikmat air yang dingin untuk berbuka puasa kerana di kem pelarian sini mereka tak mampu beli ais apatah lagi peti ais.
Tolong kongsikan resepi ni pada semua orang jika anda merasa lebih beruntung daripada nasib Pakcik Abdullah sekeluarga.
Dalam pada itu, Dr Taufik ini juga berkongsi kedaifan kanak-kanak di sini yang penuh tersirat. Sesungguhnya anak-anak kita di Malaysia penuh ‘kemewahan’ .
7 benda yang anak kita akan alami kalau dia tinggal di kem pelarian Syria
1. Anak kita akan merayau rayau dan bermain dengan batu dan pasir setiap hari kerana mereka tak ada Toys R Us dan kedai mainan seperti di Malaysia
2. Anak kita akan mudah kering dan merekah bibirnya kerana musim panas di sini terlampau panas. Saya duduk kat sini 3 hari je pun dah terbelah bibir saya. Udaranya kering dan suhunya boleh cecah sampai 40c°
3. Wajah anak kita akan penuh debu dan rambut anak kita akan jadi serabai kerana air kat sini limited. Ada yang saya tanya budak kat sini katanya dah 7 hari dah tak mandi dan bila saya sapu pipinya umpama menyapu papan hitam yang penuh kapur waktu di sekolah rendah dulu. Melekat debunya di tangan saya!
4. Baju anak kita akan seperti orang gila di tepi jalan yang bajunya tak pernah dicuci. Bukan mereka taknak cuci tapi bagi mereka lebih baik jimatkan air itu untuk membasahkan tekak yang kering dan kehausan daripada membersihkan bajunya sendiri
5. Anak kita juga akan jadi ketinggalan pelajarannya dan gelap masa depannya kerana kat sini, sebijak mana pun mereka, mereka akan berakhir menjadi peladang ataupun kuli. Sepanjang beberapa hari saya kat sini tak pernah sekalipun saya nampak anak anak kat sini pegang pensel atau buku. Memang mereka tak mampu pun nak membelinya!
6. Anak kita juga akan tinggal di dalam khemah bertahun tahun bersama adik beradiknya tanpa tirai tanpa bilik. Semuanya tidur dalam satu tempat yang busuk dan berdebu tanpa boleh mengeluh
7. Anak kita juga akan kelaparan dan menunggu bantuan NGO membawakan makanan setiap hari. Kalau tiba-tiba NGO seperti Serantau Muslim ni semua terputus duit atau kurang orang menyumbang apa mereka nak makan?
Saya tanya sendiri ketua NGO kat sini, Omar Jannoun namanya. Dia mengaku ada je anak anak yang tak makan beberapa hari kat sini. Mereka tak mampu nak cover semuanya tanpa sumbangan dan bantuan daripada kita!
Taufiq Razif, sedang sebak
Kem Pelarian Awda, Lebanon
19 Mei 2019
Moga kisah ini menjadi pedoman untuk kita muhasabah diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Malang tak berbau, demikian yang terjadi pada keluarga ini. Insiden kebaran kecil di dapur menyebabkan mereka sekeluarga trauma. Kisah ini dimuat naik oleh Nadyya Salim menerusi laman facebooknya.
Menurut Nadyya, kebakaran kecil itu tercetus disebabkan oleh batang paip gas tercabut menyebabkan api menyambar keluar.
“Seumur hidup ni pertama kali jd kat kami, jadi kebakaran dalam rumah kami. Allahuakhbar Tuhan ja tau macam mana perasaan kami tadi, kelam kabut blank semua ada bila tiba2 api meletus dan menyambaq satu dapur kami.
“Masa ni tak pikir apa dah,selamatkan kereta dan kucing2 ja pastu pakat lari keluaq rumah jerit panggil jiran ,call bomba. (gambar last kena qengau habis sbb kucing pun jadi takot). semua jadi sat sangat sampai tercungap-cungap kak nadya lari nak selamatkan apa yg boleh diselamatkan.. ketaq tangan “Kejadian tu jadi masa mak dok rebus ketupat, lepastu dia masuk bilik nak sembahyang, tiba2 kami dengar api dah menyambaq. kuat bunyi. memang takleh buat apa dah sbb main dgn gas ni, silap cara padam lagi sakan dia menyambaq kan. alhamdulillah nasib baik bomba sampai cepat, dia padamkan api tu lepastu cari punca.
“Rupanya punca jadi kebakaran ni sebab batang paip gas tu tercabut then terus sambaq api. Allahuakhbar nasib baik masa dia meletup tu mak tinggai pi sembahyang, kalau tidak kena mak ayah plak cerita dia merangkak pi cuba tutup kepala gas masa kami dok sibuk kat luaq call bomba, nasib tak jadi apa2 dekat depa dua.. padahal dh jerit2 suruh semua keluaq. nasib baik masa jadi ni mak tak dok rumah sorg2.. tidak taktau la dia nak buat apa sbb kami sendiri pun gelabah sgt2.. “Apapun semua yang jadi ni kami terima dengan hati yg redha. Allah nak uji kami sekeluarga. yg penting takda sapa2 tercedera.. jiran-jiran pakat mai tolong, saudara mara dan kawan2 baik pakat mai mai bg sokongan. team pun banyak msg bagi kata semangat. terima kasih banyak2 semua.
“Semoga Allah balas kebaikan hampa semua yg bg semangat pada kami. kak nadya minta maaf terpaksa cancel live malam ni. Kak nadya sendiri dalam keadaan cuak dan nak tenangkan diri dulu. nak kemas balik rumah yg macam tongkang pecah dh ni. “Cuma tadi abg bomba tu ada pesan,paip gas (gambar ketiga) tu terkeluar sebab bila kita masak ada minyak yg terbentuk dlm paip tu, dia punca paip tu tertanggal sendiri. banyak kes dah..so sebaik-baiknya 2 bulan sekali kena check paip gas kat dapur tu still ok or longgar. bahaya..
“Nasib kami baik sbb paip tu hanya sticks pada satu tempat,kalau setengah dapur takda tempat penampan batang paip tu,dia boleh terbang merata and kebakaran lg cepat marak ke tempat lain. “Apapun syukur alhamdulillah keluarga kami selamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang ni kita tidak digalakkan kerap keluar rumah untuk membeli barang makanan. Jika boleh beli barang untuk tempoh dua atau tiga minggu.
Untuk memastikan barang basah yang dibeli segar tentu ada petua supaya kekal segar.
Menerusi perkongsian di FB Nazatul Shima menyediakan beberapa petua dengan menggunakan tisu supaya sayur kekal segar walaupun selepas tiga minggu.
Ikuti perkongsiannya.
BEGINI CARANYA
Sayur berdaun hijau atau barang basah lain, lapik tisu dlm bekas, letak sayur (tak perlu basuh), lapik tisu lagi skali dekat atas sayur kemudian tutup bekas, simpan dalam peti.
Sayur jenis hijau tahan segar sehingga 2-3 minggu.
Rujuk gambar
Selamat mencuba.
Kredit: Nazatul Shima
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.