
Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.
Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya.
Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi.
Sebelum ini Dr Maza ada memuatnaik perkongsian berkenaan situasi arwah ayahnya yang dalam kritikal.
Perkongsian berita duka itu mendapat reaksi warganet. Rata-rata melahirkan rasa sedih dan menitipkan doa serta ucapan takziah buat Dr Maza sekeluarga.
Salam takziah dari kami di Majalah Keluarga buat seluruh keluarga Dr MAZA Atas kepulangan ke negeri abadi ayahanda
Sumber: drmaza_official
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Minta Maaf Mak, Tak Dapat Bagi Cucu. I’m Officially Perempuan Tidak Boleh Mengandung.” Sebak Baca Perkongsian Wanita Ni!

Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Momen paling indah bagi seorang wanita adalah apabila dapat mendukung anak sendiri. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita tatkala bergelar ibu.
Namun, bukan semua wanita yang bernasib baik menikmati keindahan tersebut. Perkongsian wanita bernama Suhaini Mohd Yusof cukup menyentuh hati. Mendambakan kehadiran zuriat dalam rahim sementelah usia perkahwinan menjengah 7 tahun, namun ujian lain yang diberikan. Ikuti perkongsiannya menerusi ruangan facebooknya.
Seronok tengok wall penuh dengan anak2 yang dah bersekolah belaka
Kalau ikutkan usia perkahwinan aku pun.. mungkin patut anak aku dah darjah 1 tahun ni.
Aku nak anak…
Tapi Allah takmau bagi.. dan takkan bagi sampai bila2. Aku malu dan tak nak share benda ni sebab kesian kat abg cenge. Tapi sebab dia izinkan, dan dia sendiri minta . “Kongsilah, mana tahu ada perempuan kat luar sana pun macam awak”
Jadi ok.. aku dah sedia! Panjang ni nak tulis..
Bulan september 2019
Period aku celaru haru biru
Keluar tompok2 warna coklat tak menentu.
Sepanjang sebulan sama saja. Aku masih buat taktahu dan rasa ini benda biasa ni. (Mungkin pregnant) berharap! (Sebab baca di google) dah cek dengan upt pun Negatif. Haha
Bulan oktober 2019
Period yang sebelum ni coklat2 dah jadi makin teruk
Turun darah ketul besar2 dan macam hati ayam. Tebal dan besar. Memang pad tu tukar tanpa henti sampai naik letih. Tidur malam pun tak boleh sebab dia akan turun berlambak2 bila2 masa saja. Masa ni family semua ingat aku keguguran. Sebab darah turun tu mereka kata macam “tumpah darah” orang keguguran selalu kena. Berharap benarlah preggy bulan 9 tu.
Tapi kalini tak tahan, aku ke klinik berdekatan dan di bagi pil henti darah dan pil hormon. Masa scan kat klinik tu pun doktor kata takda apa2 pun. Semua normal. Bengkak takda dan apa pun ok saja. Preggy pun bukan. dan pulanglah dengan hampa (sebab selama ni sangka preggy kan) Ubat tu lepas makan sehari dua memang stop period aku. Ajaib oh! Tapi Legalah juga. Doktor pesan jangan sekali pun miss makan ubat ni. Aku pun ok2.
Bulan november 2019
Aku masih makan ubat dengan sangat berdisiplin. Sampailah tarikh pergi travel perth. Aku terlupa bawa ubat dalam beg galas, satu hari tertinggal makan ubat terus period aku membuak2 datang masa di perth. Allahuuu, masa tu berderau juga sebab takda persediaan dan sekali pakej sakit pinggang lenguh kaki dan cramp senggugut. Maka ubat tahan sakit sajalah buat penahan. Sambil makan balik ubat hormon. Flow jadi kurang sikit saja. Tapi masih tak stop macam sebelum ni. Jadi aku travel sambil tak berapa gembira. Banyak kena berehat2 dan tak boleh lincah2 sangat.
Balik saja dari perth, aku terus ke klinik tu semula minta refer letter aku nak jumpa pakar di KPJ klang. Kenapa KPJ? Sebab situ dah ada semua rekod2 kesihatan aku selama ini. Lepas doktor pakar scan dia kata “kita kena buat D&C (cuci rahim) takda cyst takda fibroid tapi dinding rahim u tebal.. nak tunggu dinding ni habis runtuj kita takut u kena anemia pula.. sebab tiada tanda2 nak berhenti pun ni.. kita cuci semua dan segalanya akan kembali normal”. Abg cenge kata buatlah.. janji sihat. Lepas dah d&c aku tetap period ketul2 cuma taklah sebanyak sebelum ni. Pelik tapi cuba sedapkan hati. Lambat sikit kot dia stop.
12/12/19 (10 hari lepas D&C)
Kena datang KPJ Untuk tengok report d&c haritu. Masa nilah doktor selamba je bagitau. “Suhaini, awak ada kanser rahim stage 1”
Aku dan abg cenge masa tu taktau nak reaksi macam mana sebab taktahu nak kata apa dan buat apa. Pegang ja kertas report tu baca banyak2 kali macam tak percaya pun ada. Dalam hati fikir, takpa ni baru stage 1. Boleh baik macam biasa ni. Tak serius pun ni.
Tapi aku lupa masa tu. ini kanser! Kanser woi! Bukan ketumbuhan biasa2 .. ini masalah sel. Rawatan? Doktor bagi pilihan buang rahim segera atau tak perlu buang. Dia minta kami balik dan fikirkan masak2. Jika buang, kanser tu masih belum merebak jauh. Jika tak buang, bersedialah untuk risiko lain2 akan datang. Dalam kereta barulah aku teresak2 menangis. Tak kental manalah kan bila bab2 ini kami di uji. Teriak yang memang sungguh2. Sampai rumah kami berlagak macam takda apa2. Siapa tanya pun kami kata, takda apa semua ok. Result semua ok. Kami kelu taktau nak sampaikan kat keluarga macam mana. Bagi masa kat diri masing2 juga untuk terima kenyataan.
Selang beberapa hari baru kami umumkan hal ni pada keluarga. Itupun lepas abg cenge tengok aku dah lebih positif dan lebih redha. Dah tentu ahli keluarga pun menangis2 tapi masa ni aku buat rilek ja.. sikit pun tak teriak dah cuma berkaca2 yang masih boleh kawal. Sambil ketawa2.. “lahhhh.. nangis pasaipa ni.. rilek2… buang rahim saja pun.. belum nak mati lagi ni…” makin teresak2 pula diorang 😅
Kami bertimbang tara itu ini sebelum mencapai keputusan yang dipilih . Bukan tak pergi untuk 2,3,4 opinions lain.. pergi.. jawapan tetap sama malah tiada pilihan lain diberi pun ada.. tidur malam tak lena.. tidur siang tak boleh juga… apa kami buat ni.. apa betul ke jalan ini.. kenapa tak try yang tak payah buang.. jom try alternatif dulu… macam2 dalam kepala otak bersimpang siur.. semua kami serah pada Allah.. solat dan doa..
Serba salah pada abg cenge macam pikul gunung besar atas kepala dan bahu. Aku dah bgtau abg cenge. Jika kita ambil jalan ini, awak jangan ungkit2 pula satu hari nanti. Abg cenge kata.. “takkan inshaallah.. kita ni dah berdua almost 7 tahun lebih tanpa anak pun.. kita ok kan.. happy kan.. so apa bezanya kalau tetap takda untuk tahun2 seterusnya.. we have each other.. itu pun dah cukup untuk saya.. “ itu kata abg cenge nak pujuk hati ke apa tahla.. 😅 tapi sebak juga. Haish!
26.12.19
Aku operate buang rahim dan ovari. Now
Im officially perempuan yang tidak boleh mengandung. Kesian abg cenge. Macam2 rasa ada bila tengok muka dia, muka mak, muka acik bulat, muka ahli keluarga semualah. Betapa mereka tahu kami ni 7 tahun menanti dengan sabar kot2 ada sekali peluang untuk ada baby sendiri. Tapi itulah.. allah tu sebaik2 perancang kan. Kami redha sehabis redha. Beberapa hari lepas operate ni emosi aku pun dah makin stabil. Walaupun kadang tewas juga. Haha
“Minta maaf mak… haini takdapat nak tambahkan lagi koleksi cucu2 mak”
“Minta maaf mak .. su takdapat nak bagi sorang pun cucu dan anak pada anak mak”
Ini benda yang aku sampai sekarang tak boleh luahkan secara depan2 kepada mereka berdua (mak dan makmentua aku). Speechless!
Jadi untuk semua perempuan kat luar sana. Kalau rasa period tu ada yang tak kena dan luarbiasa dari kebiasaan. Jangan biar, jangan sedapkan hati takpa2. Pergilah cek. Taknak swasta pergi saja kerajaan. Dan paling penting ambillah insurans ikut kemampuan poket. Mana tahu saat2 perlu, ada juga perlindungan dari segi kewangan yang tiba2 nak pakai untuk kos operation atau rawatan yang macam2.
Jangan takut pergi cek kalau rasa ada simptom pelik2. Ada orang pernah pesan kenapa nak takut cek, sedangkan lebih takut kalau tiba2 tahu dah kronik dan tak boleh buat apa2. Jadi jangan simpan, dapatkan khidmat nasihat orang yang lebih arif. Jangan percaya google, jangan sedap2kan hati sendiri. Sakit orang berbeza2. Simptom aku mungkin begini, simpton fighter cancer yang lain mungkin lain pula. Apa2 pun pergilah cek sebelum terlambat☺️
Aku sedang berpantang atas arahan doktor… tak boleh makan…
1) haruan atau gamat
2) makanan berasaskan soya
3) bbq
4) daging merah
5) makanan atau minuman manis
6) processed food (macam fast food)
Ohhh tapi aku belum kurus. Jadi jangan risau ya. Masih gemuk ni 😅😅
Lepas ni siapa tanya aku “bila nak ada anak?” Aku suruh abg cenge tumbuk muka kau! Haha
Doakan kami kuat selalu ya! ☺️
Dah boleh bagi oranglah kot semua koleksi UPT belum pakai yang kami simpan dalam laci ni (setiap bulan selama 7 tahun lebih tak pernah miss test.. test.. dan test) 🤦🏾♀️
Terima kasih sangat2 pada keluarga yang tak putus2 datang bagi semangat dan makanan! 😅
“Anak ‘Curi-curi’ Main Game, Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun…”Ibu Ni Kongsi Kisah, Jadikan Pengajaran!

Bagi pengguna android, kita merasakan aplikasi Play Store mempunyai peranan yang sangat penting untuk kita melakukan proses install pelbagai aplikasi yang diingini ke dalam telefon. Jika ingin dikira dengan jari memang tidak cukup tangan dibuatnya, terlalu banyak!
Apa yang pasti aplikasi di Play Stor cukup pelbagai, ada yang ditawarkan secara percuma hinggalah boleh dibeli dengan harga yang mahal. Sebagai pengguna kita perlu berhati-hati agar tidak tersalah download, hanya yang penting dan bermanfaat sahaja.
Pun begitu lain pula kisahnya bila anak berkongsi telefon dengan ibu bapanya. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Nor Liyana Abdullah. Menurutnya, telefon yang sama turut digunakan oleh anaknya sepanjang PdPR.
Namun tidak sedikit pun dia menyangka, anaknya boleh ‘curi-curi’ main game dan seterusnya hingga menyebabkan duit di dalam akaun miliknya berbaki RM2.
“Gara-gara PDPR….bagi phone kat anak..Semasa PDPR curi-curi main game….sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2600 diaorang beli game….Pening weh…pening..
“Bila perasan duit hanya tinggal RM2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni…Ya Allah….tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nom TAC tak sampai….bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dengan bank total keseluruhan pembelian RM2600,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Kaedah pembayaran guna line umobile. Sebab dia ambil duit dalam akaun top up tel dia…dia tambah top up dalam google play”
Diperkongsian tersebut, Nor Liyana juga menasihatkan agar ibu bapa di luar sana agar selalu pantau game apa yang anak-anak selalu main. Bimbang terjadi seperti apa yang dialaminya
“Ya Allah….dugaan PDPR…Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa…Tiba-tiba baru teringat kisah zarina zainudin yang anaknya beli game sampai 20k..”
Meninjau di ruangan komen ramai bersimpati dan turut berkongsi info berkenaan kejadian yang menimpa Puan Nor Liyana ini.
Antaranya komen daripada Mohd Anuar Mokhtar “allahu..banyak tu…next rasanya boleh setting klu beli apps yang berbayar boleh request pasword jgn bgtau anak2 pasword tu…tak pelah benda nak jadi kan…klu kes mcm gini mmg kira burn lah kan…InsyaAllah smoga ada rezeki lebih besar lagi menanti..next kena lebih berhati-hati
Manakala Aslyna Arshad Aslynas turut berkongsi pengalaman yang sama.Menurutnya, “Saya kena rm600 nasib baik saya check kalau tak melarat. Saya sebelum nie bil phone main byr je tak tgk bill. Satu hari heran kenapa bill mahal sebab tak pernah delay payment.bila check dgn center anak beli accesories game online . nasib dia tak pilih yg paling mahal rm399.90. Dlm satu malam dia beli accessories utk game online rm600-00. Dia beli accesories mcm baju la utk dlm game tu pakai . Saya terus ambil balik sim kad n call center utk block semua pembelian”
Manakala respon daripada Hairul Nizam katanya “Terus tukar setting phone nak download game berbayar kene masuk pincode. Jika tidak jenuh masuk akaun atau masuk bil.”
Rata-rata mengambil kisah yang dikongsikan ini sebagai penjajaran dan bersikat lebih berhati-hati agar perkara yangs ama tidak berlaku lagi.
Sumber : Nor Liyana Abdullah
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ya Allah Jatuh Cinta..” – Neelofa Teruja Kongsi Momen Terpikat Dengan Suami

Sebelum ini, peminat hanya mengetahui Neelofa dan PU Riz kali pertama berkenalan melalui urusan kerja di tahun 2017.
Siapa sangka, rupanya jodoh mereka sedang diatur dengan indah oleh Allah sebelum selamat mendirikan pernikahan tahun lalu.
Baru-baru ini, dalam rancangan temubual MeleTOP, Neelofa atau Noor Neelofa Binti Mohd Noor berkongsi tentang permulaan bibit -bibit percintaan mereka.
Menurutnya, dia mula jatuh hati pada suaminya itu saat Haris menjadi imam solat terawih di kediaman keluarganya pada dua tahun lalu.
“Sebenarnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama beberapa kali. Di rancangan ini juga kami pernah sahaja bertemu. Ketika itu memang tidak dinafikan dia (PU Riz) seorang yang kacak.
” Masa bulan puasa ketika Covid-19 tahun 2020. saya ingin mencari imam untuk solat terawih di rumah. Ramai yang tidak lapang ketika itu.
” Sehinggalah saya terfikir tentang PU Riz kerana pernah bekerjasama dengannya.Jadi saya panggil dia sajalah. Bila dia pertama kali pergi ke rumah mak, saat itulah saya mula jatuh cinta dengannya,” kongsi Lofa.
Sumber : YouTube MeleTOP