Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat. Namun, cepat atau lambat itu bergantung pada rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa/.
Bagi pelakon, Siti Elizad itulah yang beliau doakan ketika berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Elizad ke sana dengan ditemani suami, Shamsul Baharin Rahman serta keluarga yang lain.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Elizad mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.
Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut melahirkan rasa syukur kerana dapat membawa bersama ahli keluarga ke tanah suci untuk kali ini.
“Assalamualaikum wahai kesayangan2 ku semua. Kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau.
“Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah, kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci.
“Moga semuanya dipermudahkan. Doakan kami sekeluarga ya semua. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Elizad turut mengharapkan agar dia dikurniakan zuriat suau hari nanti.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba2mu.
“Doakan kami punya zuriat yg sihat , cantik & sempurna ya semua , dapat sorang pun dah memadai sgt2 . ?? Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua.
Elizad dan Shamsul berkahwin pada 11 Januari 2015. Selain doa untuk mendapat anak, beliau juga mengharapkan dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan pintu rezeki supaya dapat membantu golongan memerlukan.
Lebih manis lagi, pasangan ini yang mengerjakan umrah selama dua minggu turut berkesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di sana.
Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Elizad berjalan lancar dan dikurniakan zuriat kelak.
stella_gamin Semoga elizad dan suami dimurahkan rezeki tahun ni beroleh zuriat.. Amiin
Sumber: IG elizadsharifuddin