Doakan Bilal. Anak Ni Tanggung Derita Kepala Membesar Seberat 28kg!

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan mudah menggalas tangungjawab sebagai ibu bapa untuk menjaga anak yang mengidap penyakit kronik, terutama yang berdepan pada tahap akhir. Selain tetap terus berusaha merawat penyakit, doa menjadi ayat keramat dipohon agar diberi kesembuhan olehNya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Begitulah ujian hidup yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri, Mohammad Azhar Arzemi, 30 dan Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, dalam menjaga anaknya Bilal berusia dua tahun yang menghidap  Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala. Lebih-lebih lagi kini penyakit yang ditanggung oleh anaknya itu memasuki tahap akhir.

KEPALA BILAL MEMBESAR

Berat derita ditanggung Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

PELBAGAI MASALAH KESIHATAN LAIN

Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.

“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.

“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

KOS PERBELANJAAN BULANAN TINGGI

Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.

“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.

“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.

“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.

“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.

“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.

TEMPUH DENGAN CEKAL

Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.

“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.

“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.

Sumber :HMetro 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI