Jika sebelum ini pelakon Puteri Aishah berkongsi dirinya positif Covid-19, terbaru seorang lagi pelakon yang sama-sama terbang ke Scotland iaitu Ashraf Muslim turut mendapat positif.
Dalam perkongsian terbarunya di instagram, Ashraf memaklumkan bahawa dia sudah disahkan dijangkiti Covid-19 pada 12 April 2020.
Dia turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia dijemput oleh ambulans untuk ke hospital bagi dikuarantin dan dirawat disana.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah..
“Ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku.
“Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni.
“Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.
“Tapi jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Sumber: ashrafmuslim