Doa Makan Bukan Dibaca Sebelum Makan Je Tapi Untuk Mohon Pelbagai Rezeki!

Share

Doa makan antara doa harian yang sedari kecil lagi sudah diajar dan dihafal oleh kita semua. Jadi tidak hairanlah doa ini begitu ‘melekat’ di hati dan lancar sahaja dibaca setiap kali sebelum menikmati hidangan.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya doa makan ini tidak terhad boleh dibacakan sebelum makan malah memberi kesan yang besar jika diamalkan dalam kehidupan harian.

Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Sharifah Nurzehan berkenaan doa makan bukan sekadar doa makan.

Ramai yang ingat doa ini hanyalah dibaca pada waktu makan sahaja. Sebenarnya, doa ini juga boleh dibaca bila-bila masa.

Ramai yang pandang remeh pada *kemujaraban sesuatu doa*. Doa apabila kita yakin dan faham maksudnya, insyaAllah makbul dengan izin Allah.

*اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّار*

_*“Ya Allah berkatilah kami dan berkatilah apa yang Kamu rezekikan kami ini dan peliharalah kami dari azab neraka.”*_ (Hadith At-Tabarani)

Amalkanlah doa ini untuk meminta rezeki kepada Sang Pencipta. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba yang meminta kepadaNya.

Sesungguhnya *Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki*. Kadang kita tidak sedar apa yang kita ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah.

Rezeki Dalam Pelbagai Bentuk 

Kita selalu mengharapkan rezeki yang berbentuk duit atau wang. Tahukah anda, kita dapat hidup pada hari ini juga adalah rezeki.

Sihat tubuh badan juga rezeki, ada keluarga juga rezeki. Rezeki yang Allah bagi ada pelbagai bentuk dan cara, cuma kita yang tidak sedar.

Jadi *bersyukurlah* dengan apa yang kita ada sekarang, ucapkanlah Alhamdulillah. Rezeki itu ada dimana-mana, yang kita perlukan adalah bersyukur.

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini dalam kehidupan harian kita. Yakin dan berdoalah kepada Allah.

Sumber : Sharifah Nurzehan

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club