“Doa Je Sampai Penat. Doa Ni Mustajab & Miracle.” Amira Othman Kongsi Amalan Sebelum Mengerjakan Haji

Share

Peluang mengerjakan haji dalam usia yang masih muda dianggap satu anugerah yang cukup indah buat penyanyi bernama Amira Othman ini. Empunya diri juga tidak menyangka terpilih mendapat rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci.

Amira, 26, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata, dia turut membuat solat istikharah ketika dipelawa sahabatnya, penyanyi, Wany Hasrita.

Menurutnya, dia masih berasakan dirinya seperti bermimpi dijemput menjadi tetamu Allah SWT bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

“Wany menghubungi saya dan mempelawa untuk buat haji bersama. Saya terkejut kerana anggap dia bergurau. Tapi, tidak. Kemudian, saya terus menghubungi mak dan ayah memaklumkan perkara ini.
“Mereka menyokong jika betul saya ingin pergi. Selepas memberi jawapan, sebelah malam saya buat solat istikharah untuk minta petunjuk.

“Saya mahu betulkan niat untuk ke sana dan pergi bukan dengan bekalan yang kosong. Alhamdulillah, bangun pagi saya berasa lebih yakin dengan keputusan dibuat,” katanya kepada Harian Metro.

Amira yang juga pelakon berkata, dia bersama Wany Hasrita mendapat jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi.

Dalam perkongsian terbarunya, penyanyi Amira Othman mengakui tidak pernah berputus asa untuk berdoa supaya dirinya selalu dijemput bagi ke tanah suci Makkah dan Madinah melakukan ibadah umrah dan haji.

Menurut Amira berkongsi amalan yang dilakukan olehnya supaya dirinya sentiasa mengingati tanah suci Makkah dan Madinah.

“Wallpaper phone saya gambar saya masa menunaikan umrah. Supaya saya selalu ingat dan doa inilah tempat yang saya nak sangat-sangat datang lagi.

“Siapa sangka Allah kabul terus menunaikan haji. Doalah banyak-banyak dari sekarang kalau awak nak pergi.

“Doa je sampai penat pun kena doa. Doa ni mustajab dan miracle. Tak ada orang sangka.

“Takkan ada seorang manusia pun boleh sangka. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang dilakukan Amira serta mereka mendoakan agar urusan ibadah haji Amira akan dipermudahkan.

nurulhanahasnan Allah.. Tuhan yg Maha Mendengar. Sesungguhnya Allah lebih dekat dari urat nadimu sendiri. ? Tidak ada tempat yg lebih indah dari 2 tanah haram Mekah & Madinah. ❤️

mondfaizalfaizaljejaifc Manisnya bila di pandang bila kita berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menunaikan ibadah haji dan umrah aamin ya Rabbal Alamin

rozanahmuhamad Assalamualaikum myra?kirim slm dgn junjungan besar rasulallah saw serta sahabat dari acik….moga acik n family dpt kesana jgk…..doakan acik dilimpah kurnia dan rezeki spt mengalir air zam2 yer….moga dpt hjh makrur….aamiin?

maziatul.syima Semoga awak sntiasa dibawah lindungan dan rahmatNya ❤️

Sumber: IG amiraaothman