Doa Isteri Sangat Mustajab, Menjadi Asbab Rezeki Suami Dimurahkan!

Share

Kuasa doa bagi seorang isteri besar kesannya terhadap kesejahteraan suaminya. Bukan sahaja untuk memperolehi kejayaan di dunia malah daripada doa seorang isteri yang solehah akan menjadi asbab kebahagiaan di akhirat.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh  Firdaus Shakirin betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab. Ikuti perkongsiannya.


Besar kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami…Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yang baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…

Doa seorang isteri itu sangat mustajab…

Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak-hak isteri tidak dipenuhi, berdoalah…

Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jangan pernah putus asa untuk berdoa…

Ini pula perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi  dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita. Ikuti perkongsiannya.

“Macammana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.

Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.

“Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”

Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.

Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?

Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.

Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.

Antaranya firman Allah SWT:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

[Surah Asy-Syura: 19]

Juga dari firman Allah SWT:

طه.
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ.
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى.
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ.

“Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”

[Surah Taha: 1-5]

Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.

KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.

Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club