Rumahtangga bahagia itu, salah satunya datang daripada doa seorang isteri. Justeru, beruntungnya, seorang suami apabila sentiasa mendoakan dirinya dan keluarga.
Begitulah yang dikongsi oleh lelaki ini mengenai doa seorang isteri tanpa hijab.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
.
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat, doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“Ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-MU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Isteri antara syurga atau neraka buat suami
Kredit :Muhammad Hassan