Rumahtangga bahagia itu, salah satunya datang daripada doa seorang isteri. Justeru, beruntungnya, seorang suami apabila sentiasa mendoakan dirinya dan keluarga.
Begitulah yang dikongsi oleh lelaki ini mengenai doa seorang isteri tanpa hijab.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
.
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Ads
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat, doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
Ads
“Ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-MU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Ads
Isteri antara syurga atau neraka buat suami
Kredit :Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, mencipta fenomena luar biasa hingga menggaut keuntungan tertinggi dalam sejarah filem tempatan. Setiap hari ada sahaja penonton membanjiri pawagam bagi menonton kehebatan pahlawan Melayu ini.
Tidak dengan itu, kesan daripada filem ini juga telah meniupkan semangat ibu ayah untuk turut menghantar anak-anak mempelajari ilmu persilatan.
Keterujaan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ sahaja, malah siapa sangka filem ini juga telah menyatukan kembali susur galur keluarga Mat Kilau.
Ini sebagaimana menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh @tehnazfamily yang tular baru-baru ini.
Booking Satu Hall
Video tersebut memaparkan sekumpulan keluarga menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untuk menonton filem Mat Kilau bersama-sama.
Dalam hantaran video tersebut, individu itu berkongsi detik-detik manis pertemuan waris pahlawan yang diangkat sebagai watak utama dalam filem yang menjadi sebut-sebutan kini.
“Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcoron tengok (filem) Mat Kilau. Sepanjang scene Mat Kilau, semua bersorak tepuk tangan.” tulisnya.
Dalam video itu juga, turut dijelaskan mengenai susur galur waris yang hadir menonton filem itu.
“Mereka semua ini keturunan isteri pertama Mat Kilau iaitu Yang Chik seperti dalam filem ini. Mat Kilau dan Yang Chik ada satu-satunya anak perempuan iaitu Khatijah.
“Banyak kisah-kisah mengenai Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ini. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua,” tulisnya.
Turut kelihatan, kain rentang yang tertera tulisan ‘Perjumpaan Waris Mat Kilau dari Susur Galur Anaknya, Khatijah’.
Meninjai di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada juga yang perli kononhya keluarga tersebut muncul apabila filem ini ‘pecah panggung’ dan semua itu hanya mahukan perhatian.
“Cerita meletup, barulah semua nak mengaku waris Mat Kilau, semua nak ambil kredit,” tulis satu netizen yang bersikap negatif.
Namun, komen itu dibalas semula oleh pemilik akaun TikTok itu, menjelaskan bahawa tujuan mereka bukanlah untuk menumpang nama atau mendapatkan kredit, sebaliknya ingin menyokong kehadiran filem itu.
“Bukan nak ambil kredit. Nak beritahu yang waris Mat Kilau ada saja yang sokong filem ini. Semua suka gila tengok cerita pasal nenek moyang mereka,” tulisnya.
Selain itu komen positif dapat dibaca adalah seperti
“Kenapa saya yang happy tengok diaorang berkumpul”
“Finally!! Aku Series tunggu je part macam ni “Waris Mat Kilau” Mana la diaorang ni semua, Finally keluar pun. Jika benar, Allahuakbar”
Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ini tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.
30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)
30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)
Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan
Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu)
2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad)
Wah nampaknya mak ayah sudah boleh merancang cuti-cuti dengan anak hujung bulan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cinta tidak mengenal usia, dan ini dibuktikan apabila seorang nenek berusia 78 tahun, Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui cinta setelah lebih dari empat dekad menjanda.
Video berdurasi 21 saat memaparkan dipaparkan menerusi TikTok milik natasyanajjla1 di dengan kapsyen, “Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin” telah meraih perhatian ramai.
Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui jodoh selepas 42 tahun menjanda, kini tular di media sosial. Setelah kematian suaminya 42 tahun lalu, Rohani kini memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan Yusof Embi, 77 tahun, yang diperkenalkan oleh rakan-rakan.
Menurut laporan dari New Straits Times, pertemuan antara Rohani dan Yusof berlangsung selepas mereka dikenalkan oleh kenalan bersama.
Rohani, yang juga seorang ibu kepada lapan orang anak, 44 cucu, dan 15 cicit mengambil masa hanya seminggu mengenali hati budi.
Rohani menerima lamaran dan mengungkapkan betapa gembiranya dia kerana pernikahan ini mendapat restu daripada semua ahli keluarganya. Juga berharap hubungan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan hingga ke Jannah.
NETIZEN KAGUM DAN UCAP TAHNIAH
Kisah cinta Rohani dan Yusof telah menarik perhatian netizen di media sosial, di mana ramai yang meluahkan rasa kagum dan terharu dengan keputusan mereka untuk berkahwin pada usia yang dianggap emas.
Ramai netizen yang memberi komen positif, menyatakan bahawa cinta sejati tidak mengenal waktu dan tidak terhad kepada usia.
“Subhanallah! Cinta tak mengenal usia. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!”
“Wow, ini adalah bukti bahawa hidup kita masih boleh bermula semula, walaupun selepas kehilangan. Tahniah kepada pasangan ini!”
“Cantiknya nenek masa muda mesti lagi cantikkk”
Kisah cinta pasangan ini menjadi inspirasi bagi ramai orang, menunjukkan bahawa tidak ada kata terlambat untuk mencintai dan dicintai.
Mereka membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikecapi dan cinta sentiasa ada untuk mereka yang berani mencari.
Dengan sokongan keluarga dan restu, Rohani dan Yusof kini memulakan perjalanan baru bersama, penuh harapan dan kasih sayang.