Doa Ibu Tunai Haji Dengan Anak Dimakbulkan. 9 Sekeluarga Ini Ke Tanah Suci Bersama Hasil Tabungan Duit Raya & Bonus.

Share

Waktu pergi pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, ibu ini memasang niat untuk bawa anak-anak menunaikan haji bersama. Bagi Nor Hilali Hussin, 58, itu ibarat satu mimpi yang menjadi kenyataan apabila doanya sebelum itu dimakbulkan.

“Waktu itu, saya berdoa untuk datang lagi sekali bersama anak-anak. Waktu balik dari Tanah Suci tahun 2000, jadi saya dan anak-anak simpan sikit-sikit. Itu termasuklah duit raya, duit bonus dan sebagainya.

“Pada tahun 2006, saya daftarkan semua anak saya untuk pergi haji selepas wang dalam akaun simpanan Tabung Haji masing-masing cukup syarat minimum RM1,300. Kalau daftar lain, lain susah pula kena buat rayuan.

Nor Hilali berkata, suaminya Wan Abdul Hamid Wan Muhammad, 60 yang menjalankan perniagaan sendiri tidak dapat bersama-sama ke Tanah Suci kerana ada urusan tidak dapat dielakkan.

Lapan anak Nor Hilali ialah Wan Abdullah Shahid, 33,; Wan Abdullah Shakir, 30; Wan Abdullah Shahir, 28, dan satu-satunya perempuan Wan Iman Nawwarah, 23.

Empat lagi ialah Wan Abdullah Shamil, 21; Wan Abdullah Shamim, 19; Wan Abdullah Shabil, 17, dan paling bongsu Wan Abdullah Sharaf, 16. Sembilan beranak ini menginap di tiga bilik berasingan di Hotel Zuwar Albait, di sini.

Seorang lagi anak perempuan Nor Hilali, Wan Adnin Illyyin yang juga anak keempat meninggal dunia ketika berusia 21 tahun pada 2013 akibat penyakit batuk kering atau TB. Namun Nor Hilali telah menunaikan ibadah haji bagi pihak arwah.

 

Sementara itu,  anak pertama Wan Abdullah Shahid dan yang kedua Wan Abdullah Shakir yang sudah bekerja, turut membantu menambah simpanan adik-adik mereka.

“Dua anak saya itu juga sudah berumah tangga tapi tak dapat membawa isteri masing-masing kerana anak masing-masing masih kecil dan menyusu badan,” kata Nor Hilali.

Ditanya pengalaman menunaikan haji buat kali pertama, akui  anak keempat , Wan Imam Nawwarah,23  tawaran menunaikan haji diterima pada bulan 12 yang lalu.

Waktu itu, bagi dia masih ragu-ragu untuk ke tanah  suci. Namun selepas berfikir panjang mengenai jemputan Allah itu, dia nekad untuk pergi bersama keluarga.

“Waktu dapat tawaran tersebut, saya terkejut dan gembira pun ada. Tak bersedia pun ada kerana masih muda dan banyak karenah. Mental dan fizikal pun tak bersedia. Lagi satu kena jaga hati dan waktu naik penerbangan tu makin kuat rasa takut dan gementar, sedih pun ada. Tapi lepas sampai Madinah rasa lega sikit.

Manakala anak kelima, Wan Abdullah Syamil tak menyangka dapat peluang ke tanah secui dalam usia muda.

“Awal memang tekejut kerana biasa umur 40 tahun ke atas dapat dan ramai pula yang menunggu guiliran. Memang tak percaya awalnya, tapi lama-lama kami pergi kursus haji macam biasa dan mak pun cakap akan dapat pergi.

“Kawan-kawan pun sama umur dan ada yang tak daftar lagi, jadi mereka anggap kami buat lawak dan tak percaya. Tetapi apabila kami dah sampai di sini barulah mereka percaya. Apapun, saya bersyukur dan sangat gembira kerana kami sekeluarga dijemput Allah sama-sama menunaikan haji.

Sumber: The Rohani & Berita Harian

 

 

.