Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
Ads
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
Ads
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
Ads
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bapa merupakan ketua keluarga ataupun gelaran lain yang layak diberi adalah “hero”. Warga emas ini menunjukkan bahawa tanggungjawab terhadap keluarganya lebih besar daripada maruahnya. Inilah pengorbanan seorang bapa demi mencari rezeki.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik beberapa video yang memaparkan seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Long, menyelam ke dalam sebuah saluran najis yang tersumbat.
Pekerjaan seperti ini bukanlah mudah namun Pak Long tetap menyelam ke dalam saluran tersebut untuk mencari benda asing yang menyebabkan sumbatan itu. Aksi yang menjijikkan ini telah meraih perhatian warganet ramai dan menjadi “viral”. Betapa berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.
Lanjutan video yang tular ini, ramai warganet memuji kegagahan Pak Long dan memberi “respect” kepada kekentalan jiwanya terhadap pekerjaan ini.
Ini antara komen-komen yang diberikan di ruangan komen video tular tersebut.
“Sungguh kuat semangat pak cik ni.. hebat dari apa yang kita lihat….”
“Patutnya kena bagi gaji 5k ni”
“Hebat pakcik orang muda pun tak berani.”
“Ya Allah.. pengorbanan seorang ayah demi sesuap nasi keluarga.. Moga dimurahkan rezeki.. Hargailah jasa dan pengorbanan pada mereka yang masih ada ayah..”
Ada juga yang bimbang atas kesihatan dan keselamatan Pak Long yang menyelam lubang najis tanpa sebarang pakaian perlindungan.
“Bahaya ammonia pak long”
“Takda alat perlindungan diri ke”
“Sepatutnya sediakan coveral uniform untuk sewage treatment. Pakcik ni boleh terdedah dengan penyakit yang berbahaya. Moga dimurahkan rezeki pakcik.”
Kami dari Keluarga mendoakan semoga Pak Long dan keluarga dimurahkan rezeki. Kami juga mengharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
Terima Kasih.
Sumber: @mankasim_ di TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah Aurel Hermansyah isteri kepada YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar yang menerima kejutan istimewa sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-24.
YouTuber terkenal itu membuat kejutan di atas kapal mewah dan memberikan tiket percutian ke Itali untuk mereka sekeluarga.
Sebenarnya hadiah tersebut merupakan impian Aurel sebelum berkahwin yang pernah menyatakan hasrat mahu berbulan madu di Almafi, Itali.
Namun impian tersebut ditangguhkan setelah dunia dilanda wabak Covid-19.
“Ulang Tahun Terbaik Hidupku”
Atta berkongsi detik memberikan kejutan kepada isteri tercinta dalam Instagram dengan kapsyen yang turut teruja melihat senyuman gembira Aurel yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.
Ok aku cerita rangkaian Surprise Istriku….. ini senyuman pertamanya pada jam 00:00
Dalam posting seterusnya Atta turut berkongsi luahan gembira Aurel yang merasakan kejutan tersebut hadiah ulang tahun terbaik dalam hidupnya.
Sebagai suami, Atta puas dapat membahagiakan isteri tercinta dengan menghadiahkan impiannya.
“Ini Ulang tahun terbaik di hidupku” -Ma Wife said- 🖤 Happy for u.. Love uu and lettss goo to amalfi! Amalfi Italy show ur magic 😉
“Terima kasih banyak-banyak ya suami tercinta. Papa Ameena ini selalu extra sampai memberikan hadiah yang sangat banyak.
“Yang lebih mengejutkan adalah percutian ke Almafi, Itali yang juga merupakan impian aku sebelum berkahwin untuk bulan madu ke sana tetapi waktu itu pandemik, jadi terpaksa dibatalkan,” tulis Aurel di Instagram.
Percutian Pertama Ameena
Walaupun bukan lagi percutian bulan madu tetapi lebih menyeronokkan pasangan selebriti terkenal ini dapat membawa buah hati pertama mereka bersama dalam percutian ini.
Dalam Instagram miliknya, Atta berkongsi reaksi anak kesayangan yang kelihatan teruja dalam penerbangan jarak jauh pertama kalinya itu.
Terpantau ameena sudah mempelajari bahasa Italy di atas awan.. 10 Jam diatas pesawat ameena masi belum mau tidur …
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...