Sesungguhnya seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya supaya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, kejayaan dan rezeki melimpah ruah yang dimiliki oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa adalah doa mustajab seorang ibu. Nyata hebatnya seorang ibu, doanya tiada hijab!

Begitulah indah doa ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sempena hari ulang tahun kelahiran anaknya Neelofa semalam yang dipaparkan di instagramnya.


 

 

HAPPY BIRTHDAY LOVE.. Ya Allah Ya Rahman dengan zat kasih sayangmu ku menadah tangan memohon kepadamu sempena hari lahir buah hati kesayanganku, penyeri hidupku, penawar rinduku , pengubat jiwaku ini.. kurniakan umur yang panjang dalam keberkatan dan menfaat utk kehidupan dunia dan akhiratnya, kesehatan yang afiyah , Ya Allah kurniakan rezeki yang terbentang luas seperti pasir di pantai,buih buih dilaut dan seperti air zam zam yang telah Allah keluarkan dari perut bumi Mekah yang tak pernah putus2 dari zaman berzaman yang menjadi penawar kepada seluruh hamba yang berada di seluruh pelusuk dunia .. kurniakan pasangan hidup yang mulia disisimu dan kekal hingga ke Jannah kepadanya..semoga dengan jodoh ini Allah tinggikan darjatnya,muliakannya dan dengan jodoh ini dapat menjadi contoh dan idola kepada seluruh masyarakat Dunia.dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Ya Allah jadi setiap langkahnya,hayunan tangannya,hembusan nafasnya,kelipan matanya,alunan suaranya sebagai ibadah yang menjadi penyebab puteriku ini menjadi penghuni Syurgamu,Ya Rabb kurniakan pandangan kasih sayangmu kepadanya supaya siapa sahaja yang memandangnya dengan pandangan dari zat kasih sayangmu.wahai puteriku, mama sentiasa ibaratkanmu seperti berlian yang berharga..di cipta Allah dgn tekanan yg amat dahsyat sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga.. walau pun tekanan dan ujian yang love lalui tapi itu adalah kerana Allah ingin menaikkan martabatmu dan dekat dirimu dengan Allah..dan ujian ini hanyalah dilalui oleh manusia yang hebat dan yang terpilih oleh Allah sahaja sayang.. mama sentiasa akan mendoakan kejayaan dunia akhirat utk love dan doa mama doa keramat yang tiada hijabnya.. ini adalah janji Allah.. dan mama sentiasa meredhai love .. kerana juga janji Allah redha nya datang setelah redha seorang ibu kepada anaknya.. semoga Allah segera qabulkan setiap doa love, capaikan setiap cita2 love, sempurnakan hajat love dan permudahkan segala usaha dan urusan love.. ..Ammin Amiin Allahumma Amiin.
Mama love you @neelofa ❤️❤️❤️ HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Ads

Malah sebelum ini melalui catatan Neelofa di instagram, beliau mengakui bahawa doa ibunya yang tiada henti memberikan rezeki dan kejayaan buatnya. Nyata, doa seorang ibu  itu mustajab buat anak.

Doa Ibu Itu Mustajab. Rupanya Inilah Rahsia Kejayaan Neelofa. Sungguh Inspirasi!

Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa terharu dengan ucapan yang diluahkan oleh ibu Neelofa.

Ads

Doa Ibu Itu Mustajab. Rupanya Inilah Rahsia Kejayaan Neelofa. Sungguh Inspirasi!

 

Ads

Doa Ibu Itu Mustajab. Rupanya Inilah Rahsia Kejayaan Neelofa. Sungguh Inspirasi!

Doa Ibu Itu Mustajab. Rupanya Inilah Rahsia Kejayaan Neelofa. Sungguh Inspirasi!

Dalam pada itu, semalam menginjak usia 30 tahun, Neelofa mencapai impiannya yang dihajatinya. Neelofa memilih bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan. Selamat Hari Jadi Neelofa!

Sumber: Instagram noorkartini dan neelofa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI