Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club