Terharu membaca perkongsian Abby Abadi bebeberapa hari yang lalu menerusi laman instagramnya. Sambil memuat naik sebuah gambar yang memaparkan kiriman doa dari seseorang buat anaknya yang baru lahir.
Apa yang mengharukan adalah doa tersebut telah ditulis sendiri oleh anak syurga Azal, yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Zarina Zainuddin.
Doa dari Anak Syurga Azal 🥰
@azal_azrai @zarinazainuddin_ .
Alhamdullillah. Syukur
Moga ALLAH makbulkan doa Azal ye agar Baby Danial cepat sihat & membesar sebagai johan 😍 Comel sangat doa ni 🙊
.
Hari ke 29 usia Baby Muhammad Danial Firman Faizal Sy. Sedar tak sedar sekejap je masa berlalukan?.. Sy dan Suami @jaiezzany tenang selalu sbb yakin dgn kuasa solat, DOA & sedekah
.
InshaALLAH, Baby D kami kuat & akan terus bertahan. Kami yakin: Masa akan mengubati segalanya. Janji ALLAH SWT, “Setiap kepayahan pasti ada kemudahan” 😇
.
Hari ke 29, Baby D minum susu dah 8.5cc 2 jam sekali. Berat dah 660gram. Itulah perkembangan dia. Tak semua buleh Sy kongsikan disini ye hihi
.Yg lain turun naik. Kadang stabil.. kadang Dr kata 50/50. Segalanya masih belum reda sbb panjang lagi perjalanan Baby Danial Sy di NICU, HSB tu 🙊
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati pengikut di laman instagram Abby Abadi. Masing-masing memuji akan keprihatinan dan sikap penyayang yang ada dalam diri Azal.
Sumber: IG abby_abadi112 , azal_azrai & zarinazainuddin_