Ibu mana yang tidak gembira melihat anak-anaknya ceria dan bahagia. Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bersyukur dapat melihat kegembiraan di wajah anak-anaknya ketika mengerjakan umrah.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shuhada meluahkan rasa gembiranya dalam melihat dua anaknya, Umar dan Humairah yang turut berdoa.
“Alhamdulillah ya Allah, Umar and Humairah seronok berdoa dekat rumah Allah, macam macam doa keluar.
“Salah satunya doa abang Umar yang mengusik jiwa ibu. Semoga Allah makbulkan doa doa dan hajat Umar dan Humairah dan ibu.
Ads
“Wahai Allah yang Maha Baik, Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara, kami redha ya Allah dengan setiap takdir kami, hadiahkan kami bahagia dan ketenangan di dunia dan akhirat,” ujarnya.
Menerusi perkongsian gambar oleh Shuhada, dua cahaya mata comelnya itu dilihat cukup teruja ketika berada di sana bersama keluarga. Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka.
Ads
Meninjau di ruangan komen rata-rata ramai wargamaya yang turut bahagia melihat kegembiraan Shuhada bersama dua anaknya di Tanah Suci.
Terdahulu, Shuhada dan Hafidz Roshdi sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Rasanya bila sebut nama Hafiz Mahamad, satu Malaysia mengenali pempengaruh dan juga usahawan ini. Selain terkenal sebagai seorang suami yang penyanyang sering membuat kejutan buat isteri tersayang, malah dia juga dikenali ramai dengan tindakannya yang suka membantu orang-orang sekeliling dari segi kewangan.
Baru-baru ini, Hafiz sekali lagi tular kerana tindakannya yang tampil membantu seorang kakitangannya dari segi wang ringgit sebanyak RM10,000 menerusi sebuah video di akaun instagram peribadinya.
Dalam video tersebut, Hafiz bermurah hati untuk membantu kakitangan lelaki tersebut yang berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan syarat supaya menjaga bakal isterinya dengan baik dan menyantuni ibu bapanya sebelum menyerahkan cek bernilai RM10,000.
Dalam pada itu, usahawan berumur 30 tahun sempat berseloroh berharap supaya kakitangannya tidak menggunakan duit tersebut untuk tujuan bermain pelaburan atas talian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Hafiz sehingga layak digelar sebagai majikan contoh. Malah, ada juga yang mencuba nasib bertanyakan kekosongan jawatan di Ainaabeauty.
Terdahulu, Hafiz Mahamad atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Syafiqah Aina dengan menyewa sebuah pawagam dan pakej menunaikan haji.
Lebih mengejutkan dia dikatakan telah memegang rekod sebanyak 55 kali tanpa gagal dalam membuat kejutan untuk hari lahir isterinya yang berusia 29 tahun itu.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dek kerana Drama Melur Untuk Firdaus, nama pelakon baharu dan juga merupakan seorang model dan oengacara, Anna Jobling melonjak naik dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran.
Baru-baru ini, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ada menyantuni seorang adik yang merupakan peminatnya iaitu adik Sofia Humaira selepas dia itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Anna.
Mengikut perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram @annaluvstory , pada asalnya adik Sofia ingin bertemu Anna semasa di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
“Terima kasih @annajobling kerana sudi dtg dari KL untuk santuni anak syurga bernama Sofia Humaira binti Mohd Sufian. Banyak pahala bila kita gembirakan hati anak istimewa.
“Semoga doa anak syurga ni yg nak kakak Anna berjaya akan dimakbulkan oleh Allah.
“Kepada Sofia, ibu sayang sofia hingga hujung nyawa. 😭 Semoga Sofia cepat sembuh ok. Ibu sangat happy bila tgk sofia happy.
“Tq my dear love @annajobling @arizarop. Love both of you so4 much. Dari Sofia di ICU HKL nak jumpa, akhirnya tertunai sudah.
“Semoga Sofia terus kuat 💪 sekuat mama & ayahnya 💜 Tq Farah & Pian sbb sudi terima kunjungan dr Anna,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang juga peminat Anna turut mendoakan kesihatan buat adik Sofia. Malah, mereka turut memuji sikap Anna yang sanggup datang dari jauh bagi menunaikan hasrat dan impian peminat cilik itu untuk berjumpa dengannya.
Sedikit info, Anna merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat di dalam program tersebut. Anna juga telah membintangi banyak drama, namun namanya melonjak naik ketika dia membawa watak utama wanita di dalam drama Melur Untuk Firdaus.
Orang kata apa yang keluar daripada mulut ibu itu suatu doa. Jadi apabila ibu bercakap mengenai anaknya haruslah memperkatakan yang baik-baik.
Bak kata orang dulu-dulu, ‘masin mulut ibu’. Jadi elakkan berkata yang tidak elok tentang anak-anak. Lebih elok apabila berkata, “bertuahnya anak!”
Menarik dengan perkongsian puan Effy Sueffy yang berkongsi mengenai hal ini. Moga bermanfaat dijadikan panduan ibu ayah.
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah.
Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.