Siapa je yang tak nak rumah kelihatan cantik dan kemas. Betul tak? Sekarang ni pantang buka telefon pintar, scroll sosial media mesti akan ada yang berkongsi idea dan hasil dari dekorasi yang mereka buat.

Nak mendeko ni, ada yang jenis akan mencari barangan yang dah siap, balik terus hias je! Malah bagi yang ada bakat tangan berseni, pastinya akan memborong barangan untuk menghasilkan barangan dekorasi mengikut citarasa mereka.

Misalnya DIY yang dikongsikan oleh Norpadilah Binti Afandi ini. Bukan sahaja bajet yang sangat murah, hasilnya juga setanding dengan barangan yang dijual siap dan tidak paling penting cantik! Jom lihat cara untuk membuatnya!

Diy Wall Decor Under Bajet 

Bahan-bahannya:-

1. Pinggan kedai eco shop
2. Spray paint
3. Bunga/daun eco shop
4. Glue gun
5. Pen marker sharpie/sticker/stencil
6. Dawai kasar

Selamat berDIY!

IKLAN

Cara-caranya:-

1) Spray pinggan guna spray pain, warna ikut suka.

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal! DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

2) Bila cat dah kering, boleh tulis ayat atau quote di atas permukaan pinggan menggunakan pen marker permanent sharpie.

IKLAN

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

3) Anda juga boleh menggunakan sticker seperti ini.

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

4) Kemudian tampalkan bunga di atas pinggan mengikut kreativiti anda menggunakan hotglue gun.

IKLAN

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

5) Untuk menggantungnya, anda boleh ambil dawai kasar dan bengkokkan sahaja ikut besar pinggan.

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

Siap! Sedia untuk digantung!

DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal! DIY Wall Deko Bajet Ciput Je, Tapi Hasilnya Meletup & Nampak Mahal!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI