Siapa je yang tak nak rumah kelihatan cantik dan kemas. Betul tak? Sekarang ni pantang buka telefon pintar, scroll sosial media mesti akan ada yang berkongsi idea dan hasil dari dekorasi yang mereka buat.
Nak mendeko ni, ada yang jenis akan mencari barangan yang dah siap, balik terus hias je! Malah bagi yang ada bakat tangan berseni, pastinya akan memborong barangan untuk menghasilkan barangan dekorasi mengikut citarasa mereka.
Misalnya DIY yang dikongsikan oleh Norpadilah Binti Afandi ini. Bukan sahaja bajet yang sangat murah, hasilnya juga setanding dengan barangan yang dijual siap dan tidak paling penting cantik! Jom lihat cara untuk membuatnya!
Diy Wall Decor Under Bajet
Bahan-bahannya:-
1. Pinggan kedai eco shop
2. Spray paint
3. Bunga/daun eco shop
4. Glue gun
5. Pen marker sharpie/sticker/stencil
6. Dawai kasar
Selamat berDIY!
Cara-caranya:-
1) Spray pinggan guna spray pain, warna ikut suka.
2) Bila cat dah kering, boleh tulis ayat atau quote di atas permukaan pinggan menggunakan pen marker permanent sharpie.
3) Anda juga boleh menggunakan sticker seperti ini.
4) Kemudian tampalkan bunga di atas pinggan mengikut kreativiti anda menggunakan hotglue gun.
5) Untuk menggantungnya, anda boleh ambil dawai kasar dan bengkokkan sahaja ikut besar pinggan.
Siap! Sedia untuk digantung!
Wanita Ni Tanam Pokok Bunga, Penuh Sekeliling Rumah Sebab Suka. Tak Sangka, Boleh Buat Duit!
Semenjak kecik lagi sudah minat dengan bunga dan kini siapa sangka daripada minatnya itu mendatangkan sumber pendapatan kepada Puan Anum sekeluarga. Andai ingin dicongak keuntungan yang boleh dibuat dengan menjual pokok secara online ini, menurunya boleh mencapai hingga RM 2000 sebulan.
Satu jumlah yang boleh dibanggakan dan jika ingin mengetahui lanjut kisah Puan Anum ini, jom baca artikel ini.
Menurutnya, dia sudah 4 tahun melakukan jualan pokok bunga dan di mana sebelum ini menanam pokok-pokok tersebut di laman rumah sekadar memenuhi hobi semata-mata.
“Mula-mula suka-suka tapi bila ramai yang berminat jadi seronok dan bolehlah tambah duit kocek. Kerjanya juga bukanlah susah dek kerana minat, setiap hari saya bangun jam 5 pagi, masak siap-siap untuk keluarga. Pada pukul 6.30 pagi saya sudah keluar rumah untuk tengok pokok, bersihkan mana yang tidak sempurna. Siram pokok. Sapu sampah dan sebagainya.”
“Kalau nak diikutkan dalam banyak-banyak pokok yang ditanam semua jenis saya suka. Pun begitu memang saya lebih cenderong yang berbunga. Bagi saya pokok bunga ini lebih mendamaikan, hilang stres rasanya bila kita berkebun bunga. Aura bungaan boleh membantu awet muda sehat dn cergas.”
Bila diajukan dalam ahli keluarga siapa lagi yang berminat melakukan hobi ini bersama-sama, ini jawabnya, “Anak-anak sebok dengan kerja masing-masing. Hanya saya dan suami je yang membantu setiap pagi dan petang.”
Tip Penjagaan Pokok Berbunga
- Yang penting kita kene rajin.
2. Baja ape pun boleh lebatkan bunga dan cantik kan daun. Cuma jangan silih berganti. Contoh kalau ada orang cakap baja ni baja tu ok bunga lebat, terus semuanya dicuba. Tapi sebaliknya. Bagi saya baja yang murah pun kalau ikut peraturan tetap akan meriah berbunga. Contohnya saya hanya gunakan Baja Kopi Ajimino 3 Serangkai dah hampir 4 tahun, alhmdulillah masih mengunaknnya.
3. Berkat kesabaran perlu ada. Jangan cepat mengalah.
sumber : Puan Anum
“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!
Sering kali Orang Kelainan Upaya (OKU) dikaitkan dengan ketidakupayaan melakukan kerja seperti mana orang dewasa. Namun sebenarnya tanggapan itu salah. Bahkan golongan ini lebih rajin berusaha memandangkan keadaan mereka sedemikian.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita bernama Sumaiyah Ghazali, 40, yang menjadi penghantar makanan menggunakan Grab. Dia merupakan penghidap Cerebral Palsy sejak lahir, menyebabkan dia tidak boleh berjalan sejak kecil lagi.
Satu video berdurasi 3 minit 28 saat itu, Sumaiyah menceritakan dia baru sahaja mula berkhidmat dengan syarikat penghantaran itu selama 4 bulan.
Pernahkah anda terserempak wanita ini di daerah timur Singapura? Selami secebis kehidupan Cik Sumaiyah Ghazali yang menjalankan tugas menghantar makanan dengan berkerusi roda. Beliau turut menyisipkan pesanan bagi anda semua di akhir video ini! Baca lebih lanjut di https://www.beritaharian.sg/setempat/mahu-berdikari-cari-rezeki-walau-tidak-dapat-berlariKredit Muzik:Morning Walk by Jonny EastonLink: https://youtu.be/LHFXQ7Y2cosCheck out his channelLink: https://www.youtube.com/jonnyeaston"Steffen Daum – Goodbye My Dear" is under a Creative Commons license (CC-BY 3.0)Music promoted by BreakingCopyright: https://youtu.be/X7evDQiP3yI
Posted by Berita Harian Singapura on Thursday, 4 April 2019
Berkhidmat untuk masyarakat
Menurut Sumaiyah, dia memilih untuk tidak menjadikan keadaannya sebagai alasan untuk tidak berusaha. Sebaliknya dia memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai penghantar makanan.
Menerusi satu rakaman video temual bual oleh Berita Harian, Sumaiyah mula bekerja dengan GrabFood sejak empat bulan lalu.
“Saya pun teringin nak buat macam orang lain, namun saya kena terima kenyataan diri. Saya tahu, tak mudah untuk jaga orang macam saya. Jadi saya memilih untuk berdikari. Malah, saya boleh belanja mak dan ayah makan dengan duit gaji saya.
“Adik saya sahaja kerja jadi saya rasa tak guna. Bukan mudah nak jaga syaa yang OKU. Itu yang membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan berdikari sendiri,”ujarnya.
Sedar takdir berbeza
Dia yang bukanlah dalam kalangan keluarga yang susah, namun kepuasan bekerja dan gaji yang diperoleh membuatkannya berasa seronok bekerja.
‘Saya pernah bekerja di sebuah pejabat. Namun keadaaan kesihatan membuatkan jari saya lemah, malah pergerakan yang lambat membataskan lagi skop kerja yang boleh dilakukan.
“Saya nak jadi macam orang lain, namun saya sedar bahawa takdir saya berbeza. Malah saya tetap berdepan dengan dugaan dan cabaran sebagai penghantar GrabFood ini. Saya minat kerja ini dan saya anggap ia satu kepuasan. Lagipun ada juga kegunaan khidmat saya kepada masyarakat ,’ ujar Sumaiyah lagi.
Cabaran diterbangkan angin
Akuinya lagi bekerja sebagai penghantar makanan juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Malah, apabila hujan turun di tambah dengan angin kuat, dia harus melawan balik, kalau tak memang diterbangkan angin.
“Cabaran paling kuat apabila hujan, saya terpaksa buka payung tapi ditarik-tarik angin. saya terpaksa melawan balik kalau tidak diterbangkan angin.
Dalam pada itu, Sumaiyah turut berpesan supaya orang ramai lebih memahami dan bersabar dengan keadaannya sedemikian.
“Kepada semua pelanggan, kalau anda nampak nama Sumaiyah B, saya mohon kerjasama anda untuk bersabar. Pergerakan saya sedikit perlahan tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk hantar pesanan anda dengan secepat mungkin.”
Sumber inspirasi
Sumber: Berita Harian Singapura & Oh My Media
“Ini Semua Sedekah Buat Arwah Ibu Bapa.” Tepung Naik Harga, Lelaki Ni Tetap Jual Roti Canai 50 Sen Sekeping
Walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun Mustafa Abd Latif 58, nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.
“Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,” itu kata peniaga roti canai ini lagi.
Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.
“Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.
“Niat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki,” katanya ketika ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.
Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.
“Bagi saya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah.
“Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati,” katanya.
Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.
“Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung.
“Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club