
Kalau dah nama ibu-ibu, pantang nampak barang baru mesti membeli kan. Bukan sahaja pinggan mangkuk, periuk malah kuali juga antara yang menjadi kemestian dalam list membeli. Bila kuali dan periuk ni bila makin banyak, rimas kan kalau dibiarkan bertelangkup atas dapur je.
Tapi kalau disimpan dalam kabinet, susah pula nak ambil sebab kadang-kadang disusun bertingkat-tingkat.
Jadi, apa kata kita cuba DIY tempat gantung kuali oleh Reezal Jelita ini. Menariknya, idea ini boleh slide keluar masuk supaya memudahkan ibu-ibu mengambil kuali untuk digunakan.
Memang mudah, kemas dan praktikal. Bukan tu je, cara ini menjimatakan kerana modal lebih kurang RM20 je semuanya.Jom cuba!
Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah cabinet sinki.. Modal dalam RM20 saja..
1. Sebelum kejadian.
2. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa2 kayu yg sesuai.
3. Skru kan 2 bahagian ni.
4. Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe @ hardware.
5. Screw dulu 1 bahagian ni. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
6. Selepas kejadian.
7. Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.
Tumit Kaki Terasa Mencucuk, Petanda Aliran Darah Tak Lancar. Redakan Dengan Amal Minum Jus Macam Wanita Ni Buat!

Berkongsi pengalaman menanggung sakit bertahun-tahun di bahagian tumit kaki setiap kali bangun dari tidur akhirnya dapat diredakan dengan mengamalkan minum air jus gabungan daripada dua bahan.
Menurut Ida Shahida, tujuan asal dia minum jus tersebut untuk melancarkan aliran darah dan lama-kelamaan terasa kesan dan manfaatnya pada kesihatan. Ikuti kisahnya dan dia turut berkongsi ramuan untuk menyediakan jus yang diamalkan itu. Bolehlah dicuba, mana tahu amalan minum jus ini serasi dengan anda. Selamat mencuba.
Ini perkongsiannya;
Saya sakit tapak kaki setiap pagi bangun daripada tidur malam. Sangat sakit bagaikan dicucuk jarum. Setiap pagi selama hampir setahun. Ubat pelbagai dah makan..dah jumpa doktor pakar apa semua namun tak juga lega atau kurang sakit.
Nak jadi cerita..3-4 tahun lepas saya mesin timun sebab nak lancarlan perjalanan darah (boleh rujuk kebaikan timun untuk darah, pastu dah minum seminggu rasa ada manfaatnya.
Pastu saya beli cincau sebab saja suka suka nak masukkan dalam jus timun yang diminum setiap hari tu.
Sekali minum saja…kaki saya dah tak rasa sakit dah kurang 80%..saya pun macam percaya dan tak percaya saja..heran bin ajaib sangat sangat
Saya teruskan minum 3 hari lagi iaitu 2 kali sehari…ternyata terus hilang sakit tapak kaki macam orang kedah kata ‘ macam kute tauk ja’…
Pastu saya terus minum dan amalkan 2 kali seminggu selama 1-2 bulan…ternyata dia terus pergi dan tak kembali lagi…
Saya tiada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung untuk rujukan…sampai sekarang saya dah tak sakit tapak kaki lagi dah…
Sekiranya anda sakit kaki disebabkan darah tidak lancar insyaAllah akan lega tapi jika tidak lega cepat cepatlah jumpa doktor kot kot. Ada penyakit lain.
PETUA UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI AKAN TURUN
DAN MELEGAKAN SAKIT TAPAK KAKI/TUMIT dan insyaallah sakit urat pun insyaallah akan berkurangan setelah memperlancarkan perjalanan darah dan system tubuh.
Untuk petua sakit tumit kaki
Cara buat:
1. Ambil sebiji mentimun dan kisar timun tersebut dengan 1 gelas air.
2. Tapis ambil airnya sahaja. Selapas itu masukkan cincau tanpa gula ( 400-500gram) kedalam air timun tadi dan mesin halus kesemuanya sekali. Kuantiti jus tersebut untuk pagi dan malam sahaja. Habiskan.
3. Minum pagi dan malam selama 1-2 minggu. Kemudian untuk seterusnya minumlah 2-3 hari sekali. Lepas tu jarakkan masa jika sudah ada kebaikkannya..bertujuan untuk maintain kesihatan.
Ekstra Info:
Insyaallah akan mujarab dan benar benar mujarab. Jika anda termakan banyak atau terlebih makan makanan cepat-cepat minum jus ini 2x sehari.
Orang darah tinggi dan kencing manis pun boleh minum ( beli cincau tanpa gula) elok sangat sangat.darah tinggi pun turun dan kalau ada kencing manispun akan turun juga. Insyaallah. Sakit urat pun lega…sakit tapak kaki/tumit pun akan lega.cubalah…
Sebenarnya TIMUN dan CINCAU berperanan penting melancarkan perjananan darah dan sistem body kita. ANUGERAH ALLAH.
Sumber : Ida Shahida
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
10 tahun Sabar Menanti & Anggap Allah Bagi Honeymoon Berdua, Kini Adam Corrie Bakal Bergelar Bapa. Sebak Baca Doanya!

Sabar itu indah, dan ternyata kesabaran pasangan ini menantikan kehadiran si kecil membuahkan hasil. 10 tahun menanti kehadiran zuriat penyambung warisan bukan satu jangka masa yang sekejap, pelbagai cabaran dan dugaan diharungi pasangan ini.
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat dan dikehendakiNya. Hanya Dia yang tahu bila waktu yang terbaik untuk hambanya, Semua yang tertulis bukan di tangan manusia. Itulah ganjarannya kalau kita memilih untuk terus bersabar.
Perkongsian ADAM CORRIE mengenai kehamilan isterinya benar-benar menyentuh hati para pembaca di laman facebooknya. Rata-rata menghulurkan ucapan tahniah dan tak kurang mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan mereka.
Doa yang dibacakan oleh bakal bapa ini cukup meruntun jiwa. Semoga pasangan ini dilindungi dan dirahmatiNya selalu.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..
.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. ? Alhamdulillah .
.
Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
.
Saya bukan ada ramai kawan. Kawan baik saya, kawan bergaduh saya, kawan travel, bisnes partner, teman sekatil adalah bidadari saya. Jadi Alhamdulillah nanti bertambahlah meriah suasana rumah kami dgn kehadiran si comel nanti.
.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “
Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie
#adamcorrie #bakaljadiAyah
Ramai Keliru Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung, Dr Ini Jelaskan Perbezaan. Ini Yang Kena Tahu.

Pedih ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.
PEDIH ULU HATI ATAU SAKIT JANTUNG, APA BEZANYA?
Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.
Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada. Kadangkala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak. Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.
Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.
Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah. Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung. Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung.
Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau. Itu adalah normal. Namun, jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.
Selain itu, jika anda telah pun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.
KENALI SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG DAN PEDIH ULU HATI
Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung?
Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.
Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:
1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.
Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:
1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
5. Nafas tercungap-cungap.
Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.
Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, segera pergi ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.
Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. .
JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ALAMI PEDIH ULU HATI
Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular. Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.
Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja. Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda. Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad