Seronok kan bila dapat dekor ruang di dalam rumah. Selain ruang tamu dan dapur, tandas atau bilik air juga tak kurang pentingnya. Ruang terhad atau sempit bukan alasan. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Menarik perkongsian puan Raja Nurhazwani menerusi Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y. Daripada tandas lama berubah wajah baru walaupun hanya dengan sedikit sentuhan. Yang penting ruang nampak kemas, menarik dan ceria.
Kalau dah kreatif, guna bahan murah dan biasa pun sudah mampu menyerlahkan sesuatu ruang dalam kediaman. Setujuk tak? Jom kita cuci mata tengok mana tahu dapat ilham untuk tandas rumah kita juga .
Baca sebelum nak kecam!!
Ads
“Ok harini haz nak share makeover yang haz dah siapkan untuk Bilik air ni.. Memandangkan bilik air ni xda apa2 masalah jadi haz buat kputusan nk hias la sikit2 bahagian ni.
“Tujuan utama adalah haz nk kawasan ni nampak ceria bukan apa bila kita bangun pagi mesti terus ke bilik air jadi sedikit sebanyak dapat la menaikkan mood ceria.
Ads
“Walaupun sebelum ni ada viral kes bahaya pasang wallpaper tapi pada haz benda ni bergantung pada individu tu sendiri.. Kalau xpasang wallpaper pun tapi tandas xjaga tetap ada kuman kan.
Ads
“Jadi secara logik akal kalau toilet dah cantik xkan kita nk biar jadi kotor.. Jadi terpulang pada individu tu sendiri..kalau dah rasa lama sgt pakai boleh je bukak terus..🤭🤣
Dikurniakan sepasang lagi kembar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos, memanjat syukur atas rezeki yang diberi.
Personaliti media sosial yang cukup terkenal dan sering memuat naik tip keibubapaan ini ada memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga, angkasawan negara ini memberitahu yang dia inginkan keluarga yang besar.
“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu. “Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi tips kepada bapa di luar sana yang ingin meyakinkan isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.
“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak. Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.
“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.
“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Tengok gambar pun dah rasa tak sabar nak makan, best kalau layan waktu hujan-hujan, kuah supnya yang panas dan pedas mahu berasap satu badan ni.
Mee Champa ini sebenarnya dari Kemboja, siapa yang pernah makan memang akan jatuh cinta.
Kali ini admin bawakan resipinya untuk dicuba. Jom ibu-ibu kita try Mee Champa hasil air tangan dari puan Tahrunnisah Jali.
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
caranya
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
maaf sebab lambat post resepi ni.. tukang masak biasa campak2 je bahan2 dlm periuk tp nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua.
Sumber: tahrunnisah jali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka rupanya serbuk kopi yang biasa kita gunakan untuk menikmati air yang digemari ramai ini, sebenarnya boleh digunakan kembali menjadi baja apabila dicampurkan bersama kulit telur.
Bahkan ia juga berperanan sebagai mengawal tumbuh-tumbuhan daripada serangan serangga perosak dan apa yang lebih menarik sangat mudah disediakan dan menjimatkan.
Cara bagaimana membuat baja daripada serbuk kopi dan kulit telur ini telah dikongsikan di akaun facebook Emi Zurayni Lot.
Ujarnya, “Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kulit telur (dijemur terlebih dahulu hingga kering)
Serbuk kopi yang telah digunakan
Bekas
Cara Membuatnya:
1. Kumpulkan dan jemur terlebih dahulu kulit telur yang ada.
2. Kemudian tumbuk halus menggunakan lesung batu.
3. Tumbuk hingga halus seperti ini.
4. Keluarkan serbuk kopi daripada uncang dan dicampurkan dengan kulit telur yang ditumbuk halus.
5. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah ditabur pada tanaman bila ingin digunakan.
Cara penggunaan:
Taburkan sahaja pada tanaman, mudah bukan? Lebih lagi bila disimpan di dalam bekas herba ini.
Sumber : Emi Zurayni Lot
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!