DIY Table Island Idaman Setiap Wanita, Bajet Rm300 Saja Dah Dapat Secantik Ini!

Share

Setiap orang pasti mahukan kediaman yang selesa untuk didiami,  Kawasan dapur juga antara tempat yang penting bagi setiap suri untuk mendapatkan keselesaan kerana hampir setiap hari para isteri dan ibu akan menggunakan kawasan itu bagi menyediakan keperluan harian keluarga iaitu dengan memasak makanan.

Secara umumnya, ramai yang berangan-angan inginkan dapur yang mempunyai Island Table sendiri bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan bahan masakan. Untuk potong-potong bahan masakan juga memang memerlukan ruang yang selesa, agar ‘mood’ untuk masak itu ada, nak masak banyak lauk untuk keluarga pun seronok.

Namun ramai yang terpaksa batalkan niat untuk miliki island table tersebut atas kekangan bajet dan ruangan dapur yang sempit.

Memetik dari perkongsian pengguna Twitter yatt_azml yang membuka mata bahawa ruang yang sempit serta kekangan bajet bukanlah satu masalah baginya. Dengan bajet RM300 saja beliau berjaya membuat island table idamannya di dapurnya yang kecil.

kredit gambar : twitter yatt_azml

Beliau hanya membeli bahan-bahan dari Ikea saja dengan menggunakan empat bahan ini saja untuk menghasilkan table island bersaiz 86cm tinggi x 92cm panjang x 53cm lebar.

kredit gambar : twitter yatt_azml

Dengan bahan ini dah boleh Diy sendiri island table idaman anda. Untuk para suami, kalau tak tahu nak bagi hadiah ulangtahun kepada isteri, anda boleh juga diy islan table ini untuk isteri anda. Comfirm senyum sampai ke telinga, hari-hari masakkan yang sedap-sedap untuk cik abang!

Sebagai tambahan, anda boleh meletakkan sebarang bakul di ruangan bawah itu mengikut kreativiti dan bajet anda. Puan Yatt beli bakul anyaman itu di Ikea juga, Ada yang suka letak bakul ‘trasparent’, Ada juga yang membiarkan ruang itu kosong. terpulang pada kreativiti sendiri.

Untuk perincian dari segi kekukuhan, boleh ikut tips yang dikongsikan lagi

kredit gambar : twitter yatt_azml

Diingatkan , island itu kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu

. Tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak atau patah. Cara dia hanya lap saja oil itu dengan menggunakan kain atau tisu sebulan sekali. Kalau hari-hari guna maka lakukan 2 minggu sekali.

“Tambahan, Prevent chopping board tu dari berkulat, rosak, pecah dan patah. Bila u sapu oil kurang sikit air akan serap.” ujarnya

Jadi tunggu apa lagi? bpleh segera beli peralatan itu dan boleh terus DIY! selamat menukang..

 

sumber : Twitter yatt_azml