
Bukan selalu kita dapat memanjakan tubuh dengan skrub. Adakalanya bila membeli produk di kedai, masa nak menyental pula tidak ada. Sudahnya skrub yang kita beli tersadai begitu sahaja.
Cadangan yang lebih baik adalah cuba buat sendiri di rumah dan kemudian terus sahaja skrub pada badan. Masalah membazir dan tak ada masa pun berjaya di atasi.
Hasilkan sendiri skrub kopi ini ternyata lebih hebat. Tak payah membazir, boleh saja pakai serbuk kopi yang ada di rumah. Jimat. Kalau nak jadikan panduan, boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Maizura Ibrahim ni.
Skrub Guna 3 Bahan
Menariknya hanya pakai 3 bahan saja. Jimat!
Akak nak share macam mana nak buat skrub kopi kat rumah. Guna 3 bahan je. Scrub yang halus dan lembapkan kulit. Flawless lama-lama nanti.
Alang-alang uols suka mengopikan, cuba mintak serbuk kopi yang dah dipakai kat kedai kopi tu. Boleh juga beli serbuk kopi tu. Tapi nak jimatkan. Mintak jer. Sebab hampas kopi tu akan buang jugak.
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk kopi
1 cawan gula perang -nak guna gula biasa pun boleh
1/2 cawan minyak kelapa (VCO)
Serbuk kayu manis -kalau nak guna
Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Pastikan kopi tu tak berketul.Akak asingkan sikit campur dengan cinnamon powder. Simpan dalam peti sejuk. Keluarkan yang nak guna jer.Abaikan bon apetit tu yer.
Posted by Maizura Ibrahim on Monday, 9 October 2017
Cara-cara tengok gambar ye.
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaulkan sebati.
3. Pastikan kopi tu tak berketul.
4. Akak asingkan sikit campur dengan serbuk kayu manis.
5. Simpan dalam peti sejuk. Keluarkan yang nak guna je.
Selamat mencuba!
Kredit: Maizura Ibrahim
Selalu Tanyakan Apa Pasangan Mahu. Jangan Biar Menunggu Lama, Mungkin Akan Ada Orang Lain Yang Sudi Bertanya. Berhati-Hatilah!

Komunikasi dalam rumah tangga cukup penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri.
Namun, semakin bertambah usia perkahwinan, semakin ramai pasangan yang jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjaya, anak-anak dan persekitaran antara faktor penyebab berlakunya jurang komunikasi. Tetapi paling utama adalah suami isteri itu sendiri yang kurang inisiatif untuk mengambil berat.
Dengan kata lain, tidak suka bertanya apa yang pasangan mereka ingini. Sedangkan itu yang paling penting dalam rumah tangga.
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan. Itu yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?”
“Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Penulisan ini saya buat secara spontan tanpa dirangka selepas bertanyakan apa yang isteri nak saya tapau bila saya balik kerja nanti. Sila abaikan selera besar dia tu. Hahaha..
Saya tak tahu jika penulisan ini akan memberi manfaat kerana jari saya terus menaip tanpa henti. Jika ya, kongsilah penulisan ini. Jika tidak, saya akan cuba lagi di penulisan yang lain.
Korang nak makan apa malam ni? ?
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
Rasai Kesan Luar Biasa Untuk Awet Muda & Booster Tenaga. Pakar Jamu Ni Kongsi Cara Untuk Buatnya!

Bila disebut amalkan jamu tentu sudah ada yang membayangkan rempah-rempah yang berwarna kuning yang bukan sahaja mempunyai bau yang beraroma namun rasanya kurang enak dimakan.
Namun berbeza dengan air jamu yang dikongsikan oleh pakar jamu ini. Bukan sahaja rasanya lebih menyegarkan dan menyelerakan malah khasiatnya juga luar biasa. Andai diamalkan badan lebih bertenaga dan paling istimewa nampak awet muda.
Jadi usah tunggu lagi jom ketahui cara membuatnya dan bersama kita amalkan untuk cantik dalaman dan luaran.
Alhamdulillah, sebelum ni cikgu dah pernah share cara nak buat jamu ni. Sampai terviral. Ramai juga yang pm bagitau kehebatan jamu ni. Dan biasalah bila dah terviral ramai pula yang adjust resipi asal cikgu. Ada yang adjust untuk kepentingan mereka sendiri. Bab itu cikgu malas nak komen kerana ramai suka jadi pelsu bin pelstik.
Rahsia penyediaan jamu
Bila masak jamu atau bahan alami, ada tindakan kimia semulajadi yang berlaku. Sebab itulah perlu tahu sukatan betul, bahan betul, kerana apabila di minum atau di pakai berlaku lagi proses tindak balas dengan sistem tubuh.
Sebab itulah dalam apa jua yang kita buat apa kita kita makan jangan berlebihan. Perlu berpada pada.
Jadi harini cikgu kongsi balik cara buat jamu tenaga yang tulen. Kerana gabungan bahan dan caranya sudah di kaji.
Specialnya jamu ni
Jamu ni bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah sakit badan, badan berangin, lemau, tak bermaya. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan dan remaja. Lepas minum raserr ringan badan. Sakit kepala juga berkurang.
Sesuai juga bagi mereka yang dalam berpantang. Boleh minum 3 hari sekali bagi ibu menyusu.
Untuk mereka yang badan lemau boleh diminum 1 cawan setiap hari sebelum makan.
Bagus untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt taww. Pasti pelanggan pown teruja nak datang selalu minum.
Jamu ini membantu menambah tenaga dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Sangat bagus dalam menghambat angin juga.
Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp…burrppp angin keluar. Lega aihhh…
Jamu ni multipurpose tau. Banyakla kegunaan dia
1. Boleh untuk redakan masalah sinus atau dalam bahasa glamer nya resdung. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
2. Rendam kaki singkirkan toksin . Perlu di tambah garam dan tidak di letakkan madu. Kaki yang berat menjadi ringan .
3. Mandian herba. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Tambah la 2-3 cawan garam dan boleh di buat bilasan terakhir. Tidak perlu letak madu
4. Boleh bakar kalori awak dengan mandi wap. Rebus dan masukkan dalam baldi dan kangkang sambil selubung badan dengan kain. 2 dalam 1 dimana bertangas pun boleh.
Wow! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Jadi mereka dalam berpantang boleh buat air mandian dan bertangas.
Okay okay cikgu bagi tahu resipi power jamu ni.
Ini jamu original. Yang telah dikaji khasiatnya .
JAMU AWET MUDA & TAMBAH TENAGA
BAHAN BAHAN
Halia sebesar 1/4 tapak tangan di ketuk
2 batang serai di ketuk
1 sudu kecil halba campur
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
1-2 batang kayu manis ceylon
1 sudu kecil bunga lawang
3 helai daun pudina
1-2 sudu madu asli
CARA CARA
1. Rebus semua bahan kecuali madu dengan 6-7 cawan air sehingga mendidih.
2 .Tutup api biarkan suam.
3. Tapis ke dalam cawan.
4. Masukkan madu dan sedikit perahan lemon.
sumber : Sarifa Redzuan II
Simpan Santan Untuk Tahan Lebih Lama & Kekal Segar Jika Ikut Petua Ini. Semudah ABC!

Santan mentah yang diperah secara asli memang sedap dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak dibandingkan dengan santan kotak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Santan Mentah Tahan Lama?
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?

Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Makanan bersantan kekal lama
Selain itu, makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak Lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.