Skrub daripada barli dan beras merupakan antara amalan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menggunakan produk komersial yang mahal. Nak jadi cantik tak semestinya perlukan produk berjenama terkenal.
Hanya menggunakan bahan dapur, skrub ini berasaskan beras dan barli. Skrub ini boleh digunakan setiap hari. Sesuai digunakan untuk kulit wajah dan tubuh. Hasilnya kulit terasa licin dan flawless.
Skrub Guna Barli Dan Beras
Bahan-bahan:
Segenggam beras – basuh dulu
Garam
Barli
Berikut dikongsikan cara-cara membuat skrub:
Langkah A:
1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Sudah kering masuk dalam blend kering.
3. Kisar beras bersama garam sampai halus. Garam berfungsi untuk matikan kuman.
Langkah B:
1. Kisar barli sampai halus macam beras.
Langkah C:
1. Selepas kisar beras, garam dan barli, campurkan semuanya sekali. Kacau sampai sekata.
2. Sudah siap boleh pakai pada kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu kasar.
3. Untuk mereka yang ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Hanya tempek sahaja skrub ini di kawasan berjerawat.
4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan.
5. Jika mahu biarkan lama mana pun boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
6. Selepas wajah/kulit badan dicuci, rasailah kulit rasa bersih dan licin sangat! Kemudian kelihatan cerah dan berseri-seri.
Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebih cerah, anjal dan awet muda.
Antara kelebihan lain barli adalah:
*Kulit jadi lembut sangat
*Blackhead dan whitehead hilangg dari radar
*Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja
*Cerahkan kulit
*Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub
*Elak jerawat
Sumber: Aya Zuki
Baca artikel lain di sini: Buat Skrub Guna Halba, Serius Jerawat Pun Takut Nak Singgah. Wanita Ni Kongsikan Caranya!
Cerah Dan Haluskan Kulit Wajah Cara Pantas, Skrub Beras Homemade Wajib Cuba!
Skrub Homemade 3 Bahan, Muka Kusam Boleh Jadi Cerah Jelita!