
Jika sebelum ini, anda suka minum kopi di luar sambil chit chat bersama kawan-kawan, tapi dengan situasi sekarang tak ada peluang berbuat demikian dalam tempoh PKP ini.
Tapi jangan kecewa, siapa kata anda tak boleh menikmati secawan kopi bersama kek di dalam rumah sendiri. Jom cuba buat sendiri Coffee bar di rumah. Selain mencantikkan dekor di dalam rumah, ini juga salah satu cara anda relaks dan melepaskan tekanan kerana terkurung di dalam rumah.
Dengan menggunakan barangan murah namun nampak menarik, perkongsian dari Raven Kw boleh anda jadikan rujukan.
Hi semua, ini adalah Coffee Bar saya 😊
Sebelum dan selepas 🛠
kebanyakan barang dekorasi beli kat Shopee, Mr Diy, Kaison dan Taobao. ☺️ Rak gambar, cawan, tanaman palsu dari Ikea.
Lah! Tak Susah Rupanya Buat Sate Di Rumah. Ni Resipi Paling Sedap Boleh Cuba!

Memang sedap meniimati hidangan sate ini bila dimakan panas bersama seisi keluarga. Aromanya memang boleh buat kita terasa lapar.
Apatah lagi jika dibakar sendiri. Momen membakar sate pastinya menyeronokkan bila dilakukan dengan berkerjasama antara ahli keluarga.
Untuk yang ingin merasai sendiri pengalaman membuat sate, bolehlah sediakan dengan resipi yang dikongsikan ini. Mudah sahaja membuatnya.
Ini perkongsian daripada Noorlaili, melihat gambar sate yang dikongsikan olehnya ini sudah dapat dibayangkan keenakan rasanya.
Bila masih dalam #PKP sate pun buat sendiri na..kat bawah sis sertakan resepi sate simple..
RESEPI SATE
(Ayam seekor)
BAHAN-BAHAN:
*Ayam seekor (ambik isi saja potong dadu cuci & toskan)
BAHAN BLEND
*2 Labu bwg besar
*1 labu bwg putih
*2 inci halia
*4 batang serai
( Blend semua bahan di atas)
BAHAN PERAP
*2 Cawan gula
*2 sk garam
*4 sk kunyit
*3 sb jintan manis
CARA-CARA
*Dalam besen besar masukkan isi ayam, bahan blend dan bahan perap
* Gaul sebati/ perap
*bila dah perap baru cucuk
*Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar)
KUAH KACANG
*Segenggam cili kering
*2 labu bawang besar
*2 inci halia
(Blend bahan di atas)
*1 batang serai di ketuk
*2 cawan kacang tanah yg di blend
*2 keping gula melaka
*1/2 cawan gula
*Garam
*Air secukupnya
*Asam keping
Cara-cara
*Panaskan minyak
*tumiskan bahan blend masukkan serai (tumis sampai pecah minyak)
*Masukkan kacang tanah gaul sebati
*Masukkan air kacau dan biar mendidih(api slow)
*masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping
*masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yg kurang.
Selamat mencuba
Sumber : Noorlaili Zainal via MAHN
Minyak Bawang Putih, First Aid Herbs Wajib Ada Dirumah!

Menghasilkan sendiri minyak urut untuk digunakan bagi kegunaan keluarga sebenarnya amatlah mudah.
Hanya dengan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bawang putih umpamanya dengan gabungan beberapa bahan lain, minyak urutan sudah boleh digunakan. Bukan sahaja untuk urut bahagian tubuh, tapi turut bermaanfaat untuk redakan batuk. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra. Jom ketahui lanjut untuk menghasilkannya.
MINYAK BAWANG PUTIH + SIRIH
Masa anak & suami batuk teruk tempoh hari, selain makan ubat & jaga pemakanan saya gak selalu urut dada & belakang badan gunakan minyak bawang putih.
Sebelum ni bila Fydh batuk teruk, saya gunakan minyak bawang putih (+daun salam), dan layurkan daun sirih untuk diletak pada dada anak. Tapi sebenarnya bukan semua orang serasi gunakan cara layurkan daun sirih ni.
Pertamanya, bagi anak yang kulit sensitif, daun sirih tadi akan menyebabkan ruam-ruam, gatal-gatal pada kulit.
Fydh ni sendiri pun tak boleh letak lebih dari 30 minit.. Kalau tak, memang akan jadi ruam dan gatal pada bahagian lekapan daun sirih.
Daun sirih ni sifatnya panas. Tak semua serasi/tahan panas daun sirih ni nak-nak kalau layurkan sirih dan gunakan minyak panas/telon. Sebab tu sebaiknya gunakan minyak bawang putih/balsam bayi yang sederhana/tak terlalu panas untuk anak kecil.
Kalau korang pernah baca post saya tentang ayat-ayat syifa’ sebelum ni, saya ada ceritakan yang mana saya dah mati akal & tak tahu nak buat apa untuk kurangkan batuk anak (walaupun dah makan ubat, batuk tetap non stop). Sebagai ikhtiar terakhir, saya gorengkan daun sirih dalam minyak bawang putih. Saya syukur sangat sebab anak serasi dengan minyak bawang putih yang dicampurkan daun sirih dan batuk mula beransur-beransur berhenti tak lama lepas tu..
Baru-baru ni disebabkan 1 rumah dah berjangkit demam dan batuk, saya buatkan stok minyak bawang putih untuk kegunaan seisi keluarga. Macam biasa jugak, saya gunakan cara menggoreng hirisan bawang putih dalam minyak zaitun dengan api yang sangat perlahan. Bila buat minyak bawang putih, saya memang wajib tambahkan daun salam gak sebab sangat-sangat membantu dalam masalah berkaitan pernafasan. Kali ni saya tambahkan bahan ke-4 iaitu daun sirih yang telah diramas-ramas. Daun sirih memang elok untuk meredakan selesema, batuk, asthma, sesak dada dan jugak sakit perut (masalah pencernaan).
Alhamdulillah, bila gunakan minyak ni memang nampak perubahannya lebih cepat. Bila anak/suami terbatuk-batuk jer, saya sapukan jer minyak ni pada dada dan belakang badan (sebaik-baiknya urut sikit), batuk pun kurang secara beransur-ansur. Sebelum tidur malam pun, sapukan dulu minyak ni pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki.. InsyaAllah anak tak batuk teruk sangat tengah-tengah malam (selalunya batuk jadik lebih teruk waktu tengah malam sebabkan suhu yang lebih sejuk & posisi berbaring – kahak terkumpul banyak pada paru-paru)
Kalau ada yang alami masalah batuk berterusan dan nak cuba buat minyak bawang putih dengan daun sirih, ni saya sertakan resipinya.. Mudah²an dapat dimanfaatkan bersama.. Apa-apa pun penyakit kita/anak, jangan lupa berdoa & minta kesembuhan padaNya sebab Allah jugalah yang Maha Menyembuhkan & kita sekadar berusaha (makan ubat, ikhtiar secara alternatif, dll).
Bahan-bahan:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
5-7 helai daun sirih diramas
Cara-cara:
1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
2. Goreng daun salam & daun sirih dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga layu.
3. Masukkan bawang putih & tambahkan sikit lagi minyak (agak-agak tenggelam je). Panaskan dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
4. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dalam suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je untuk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.
Ekstra info:
-Kesannya lebih efektif jika biarkan terendam semalam
-Daun sirih/hirisan bawang perlu disimpam terendam minyak supaya tak berkulat. Sekiranya kuantiti minyak dah sikit, keluarkan daun sirih/hirisan bawang supaya minyak tak rosak.
-Gunakan 3-5 helai jer dauh sirih jika daun bersaiz besar
Sumber : Yatie Eimra
2 Doktor Ni Listkan Kebaikan Kacang Bendi. Siap Kongsi Resipi Untuk Ibu Mudah Sediakannya!

KACANG BENDI- SUMBER BERKHASIAT ANTIDIABETIS
Biji kacang bendi telah lama digunakan di Turki untuk membantu masalah diabetis.
Ini kerana;
a. Biji kacang bendi kaya bahan ‘procyanidin’ (bahan antidiabetis)
b. Kacang bendi juga kaya fiber larut air (fiber larut air akan kawal gula dalam darah)
c. Kacang bendi bantu kawal aktiviti enzim ‘amylase’ dan ‘glucosidase’ (bantu kawal pemecahan kanji kepada gula)
Fiber larut air dalam dalam kacang bendi juga bantu kawal kolesterol darah.
Makan kacang bendi juga boleh kurangkan rasa letih. Ia bertindak dengan kurangkan ‘asid laktik ‘ dan tingkatkan antioksidan darah.
Semua fakta ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi tentang istimewanya kacang bendi.
Rugi kiranya jika kita tidak manfaatkannya. Manakala melalui perkongsian dari Dr Izaza Mohd Zan, turun mengakui bahawa kacang bendi kaya dengan kalsium.
Malah Dr Izaza turut berkongsi resipi untuk menyediakan menu kacang bendi yang ringkas, sihat dan menarik untuk dicuba.
Selain itu,banyak juga tip dan pesanan yang diberikan. Jom semak apa katanya.
“Selain nama kacang bendi ada ke lagi nama lain? Sebab tau kacang bendi atau lady’s finger jek. Ni lagi satu sejenis sayur yang ada banyak CALCIUM kalau dimakan mentah atau dimasak.
“Kalau masak jangan lama-lama sangat, nanti khasiat kacang bendi hilang. Kalau masak pun celur-celur je jangan terlalu lama masak.”-Dr Izaza
BAHAN-BAHAN:
Kacang bendi, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili api, asam keping dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Didihkan air di dalam periuk dan dalam masa yang sama hiris lengkuas, bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi bersama asam keping.
3. Setelah itu hiris bawang merah dan masukkan ke dalam rebusan.
4. Akhir sekali masukkan bandi dan rebus seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Izaza Mohd Zan via MAHN