Kalau zaman dulu-dulu, nak cantikkan rambut kita biasanya menggunakan kaedah guna santan dan hampas kelapa untuk merawat dan mencantikkan rambut. Tapi tahu tak limau purut pun banyak khasiatnya dalam mencantikkan rambut. Disebabkan itulah banyak produk di pasaran menggunakan limau purut dalam produk kecantikan mereka.
Walaupun kita sekarang dah moden dan lebih cepat kalau guna produk dipasaran, tapi petua tradisional jangan pula dilupa. Kadang-kadang mencuba petua tradisional ni lebih asli dan hasilnya pun lebih mantap.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni. “Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
Ads
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Ads
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
Ads
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak kecil kita selalu ditegur oleh ibu ayah agar makan jangan gelojoh. Hal ini bukan sahaja mendidik diri kita untuk makan dengan sopan dan beradab semata-mata.
Bahkan menguyah makanan dengan perlahan memberikan kita rasa lebih menghayati keenakan makanan tersebut. Tidak itu sahaja, ia juga memberi impak pada kesihatan.
Ini sebagaimana perkongsian info daripada Dr Erna Nadia di akuan facebooknya. Menurutnya ada kaitan dengan cara kunyah dan berlakunya angin dalam perut.
Nak tahu detail, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya. Diharapkan selepas ini ada kesedaran untuk kita ubah cara menguyah jika selama ini kerap sangat terasa sebu atau angin dalam perut.
Nikmati Makanan Dengan Sebaiknya
Kunyah makanan dengan perlahan bagus untuk bantu mencernakan makanan dengan elok. Bila pencernaan makanan elok, makanan mudah dihadam. Bila mudah dihadam, mudahlah lawas. Dan yang penting adalah tidak berlaku refluks gas atau yang kita suka sebut angin.
Makanan dihidang depan mata, baca bismillah dan doa makan dan hayati sedap kunyahan. Jangan makan dengan kalut kalut.
Bila kalut, makanan tak cerna dengan betul. Ini menambahkan lagi bebanan kerja pada sistem pencernaan kita.
Ala macam loji atau salur parit la. Kalau elok saja, smooth saja air lalu. Kalau ada benda besar, tersumbat la apa la.
Selain tu, kunyah makanan dengan tertib ni boleh bantu kita untuk nikmati rasa makanan tu yang dalam masa yang sama buatkan kita berasa cukup. Tak perlu tambah dah.
Photo by Jessica Loaiza on Unsplash
Kunyah makanan dengan elok, selain nampak sopan, juga boleh elakkan dari kita tergigit lidah/ gusi sendiri dan of course boleh elakkan tercekik.
Chill chill saja enjoy makanan dan minuman kita.
Tabiat yang baik memang kadang renyah untuk kita tapi kalau kita jadikan rutin, InshaAllah kita dah terbiasa.
Penyanyi Kumpulan Hujan, Noh Salelh semalam memuat naik satu gambar dalam kapal terbang bersama isteri ke Syria. Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia dan Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.
Ini bukanlah kali pertama pasangan ini mengikuti misi bantuan tersebut. Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal.
Dalam perkongsian tersebut, Noh berterima kasih kerana diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.
Dalam masa yang sama, dia meminta doa peminatnya agar perjalanan mereka selama 14 hari selamat dan dipermudahkan.
“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya.
Masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah antara yang memeningkan kepala ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan lama di situ maka ia menjadi keras dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah dibersihkan, namun masalah tersebut tetap berlaku.
Untuk para ibu dan suri rumah di luar sana, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman facebook iaitu Muna Binti Mohammad. Petua ini dapat menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Bahan-bahan
3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan
cara membuat:
♦ Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu.
♦ Petua ini juga boleh digunakan untuk kawasan yang banyak semut suka melata.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.