Penggunaan langsir jenis eyelet selain nampak ringkas dan bergaya tidak dinafikan cukup mudah untuk dipasang.
Bagaimanapun untuk menggayakan langsir eyelet ini, perlu ada tersedia rod kayu untuk menggantung langsir tersebut.
Jadi buat yang tercari-cari alternetif pemasangan yang paling jimat dan kreatif, mungkin perkongsian daripada Eliyana ini boleh dijadikan panduan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Deco jimat guna barang eco ada juga yg saya beli dari shoppe. Sebelum ni saya pakai yang jenis Hook tu nampak macam kurang menarik di mata saya.
Nak beli rod dengan kayu yang siap dah tu mahal nya sayang duit, diy dengan barang eco je, batang mop balut dengan wallpaper kayu cantik je.
Penyangkut dia tu saya beli dalam shoppe 1pcs rm1.50 dengan penyekat hujung tu pun rm1.20 .. langsir rm9.90 .. total lebih kurang dalam rm170 sebab untuk 2 pintu dan 2 bilik tidur.
Pokok monstera tu saya diy dari barang eco juga 1 dah siap 1 lagi belum sebab tak ingat nak beli rumput bawah nya tu hehe
Ok lah kan untuk rumah kami yang kecil ni hehe inshaallah ada rezeki nak tambah cabinet tv doakan ya.
Sumber : Eliyana IraWati
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club