
Penggunaan langsir jenis eyelet selain nampak ringkas dan bergaya tidak dinafikan cukup mudah untuk dipasang.
Bagaimanapun untuk menggayakan langsir eyelet ini, perlu ada tersedia rod kayu untuk menggantung langsir tersebut.
Jadi buat yang tercari-cari alternetif pemasangan yang paling jimat dan kreatif, mungkin perkongsian daripada Eliyana ini boleh dijadikan panduan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Deco jimat guna barang eco ada juga yg saya beli dari shoppe. Sebelum ni saya pakai yang jenis Hook tu nampak macam kurang menarik di mata saya.
Nak beli rod dengan kayu yang siap dah tu mahal nya sayang duit, diy dengan barang eco je, batang mop balut dengan wallpaper kayu cantik je.
Penyangkut dia tu saya beli dalam shoppe 1pcs rm1.50 dengan penyekat hujung tu pun rm1.20 .. langsir rm9.90 .. total lebih kurang dalam rm170 sebab untuk 2 pintu dan 2 bilik tidur.
Pokok monstera tu saya diy dari barang eco juga 1 dah siap 1 lagi belum sebab tak ingat nak beli rumput bawah nya tu hehe
Ok lah kan untuk rumah kami yang kecil ni hehe inshaallah ada rezeki nak tambah cabinet tv doakan ya.
Sumber : Eliyana IraWati
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Patutlah Ibu Banyak ‘Sleep Debt’, Rupanya Risau Keadaan Anak Bila Tidur.

Ibu mana yang tidak risau keadaan anaknya, lebih lagi jika anak bawah umur 6 tahun.
Bukan risau tentang kesihatan anak tetapi hal tidur pun buat ibu tidur tak lena.
Ini dinamakan sleep Debt.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian coach parenting, Mohd Fhais Salim.
Patut la para ibu ni banyak Sleep Debt.Anak tak tidur dia risau, anak tidur lama sikit pun dia risau juga. Aduhai..
Malam semalam baby raudhah tak nak tidur. 10 minit sekali dia terjaga. Naik sembab dah mata isteri saya tengok.
Malam tadi lain pula, baby raudhah lena benar tidurnya. Lebih 2 jam dia lena. Kira bangun tu jarak jauh sikit la.
Ingat dapat la lena. Rupanya tak juga.
Pagi tadi time saya ambil baby raudhah untuk di bawa jalan-jalan baru wife cakap.
“Mengantuknya bang.”
Baby raudhah tak bangun-bangun, jadi risau pula.
Baby tidur, si ibu pula yang terjaga-jaga. Ish..
Memang patut la ikut kajian para ibu ni sampai anak umur 6 tahun akan berlaku banyak sleep debt.
Kasihannya..
Sleep debt ni jahat.
Kang tak pasal-pasal ibu jadi bengkeng, perengus dan marah-marah.
Risau anak yang dah besar-besar ni jadi mangsa pula.
Jadinya pagi ni lama sikit saya bawa raudhah jalan-jalan. Selalu 10-15 minit, hari ni 1 jam saya gendong.
Tak dapat banyak, sikit pun jadi la bagi wife tidur & rehat.
Mengantuk semua orang pernah mengantuk, tapi tak ada orang yang betul-betul rasa AMAT MENGANTUK seperti para ibu.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Hampir Kehilangan Lengan Akibat Jangkitan Bakteria Ketika Siang Udang, Kisah Ini Bikin Netizen Terkejut!

Bila sebut udang, kebiasaannya kita akan fikir masak sambal paling sedap. Tetapi antara hidangan yang sedap dimasak juga ialah udang buttermilk.
Namun, sebelum memasak pastinya akan menyiang makanan laut ini. Namun siapa sangka, cara untuk siang udang rupanya boleh mengundang bahaya.
Sebagaimana perkongsian ini telah menunjukkan jarinya menjadi kehitaman akibat serangan bakteria ketika menyiang makanan laut berkenaan.
Lebih mengejutkan, doktor yang merawatnya jika lambat mendapat rawatan dia mungkin kehilangan lengan.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Selepas sehari, jari saya menjadi hitam dan mengalami demam ringan. Pergi ke klinik 24 jam dan di nasihatkan untuk pergi ke Hospital segera. Malam tu juga di operate dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari di ICU.
Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteri tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain.
Gara-gara tercucuk udang mentah yang di beli dari pasar. Waktu mencuci dan membersihkan udang, saya tercucuk berkali-kali dan fikir tiada apa-apa.
Selepas sehari, jari saya menjadi hitam dan mengalami demam ringan. Pergi ke klinik 24 jam dan di nasihatkan untuk pergi ke Hospital segera. Malam tu juga di operate dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari di ICU.
Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteri tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain.
Mohon maklumkan keluarga agar berhati-hati saat membersihkan udang mentah atau makanan laut.
Sumber: Dapur Khairul Aming via Tarasieuneun
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sudah Habis Bayar Ansuran Rumah, Jangan Ingat Terus Jadi Milik. Rupanya Perlu Buat Ni Pula, Ramai Tak Tahu!

Dalam hidup ini boleh kita katakan antara perkara yang dapat menjanjikan satu perasaan kelegaan dalam diri adalah apabila telah bebas daripada komitmen bayaran ansuran untuk kereta mahu pun rumah.
Apa tidaknya sama ada bayaran ansuran kereta mahu pun rumah, kedua-duanya melibatkan peruntukan wang yang besar hingga ribuan ringgit dalam sebulan.
Malah bebanan membayar jumlah yang besar itu telah ditanggung bertahun-tahun lamanya. Andai suatu hari sudah tidak perlu lagi membayarnya, alangkah seronoknya.
Pun begitu, dalam anda rasa gembira bayaran ansuran rumah telah habis dibayar pada pihak bank, jangan ingat rumah itu terus jadi milik anda!
Ini sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Peguam Faridah Begum Abdul Rahman, bolehlah dijadikan rujukan untuk semua. Maklumlah bukan semua antara kita ada pengalaman sedemikian.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1) Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2) Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3)Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4)Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5) Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6) Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7) Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.
Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Sumber : Faridah Begum Abdul Rahman
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI