Sering juga kita rasa pening kepala untuk mengurus barang-barang untuk disimpan di dalam stor agar tersusun kemas dan teratur. Pun begitu, tidak dinafikan dengan saiz stor yang sedia begitu terhad, keadaannya semakin padat dengan pelbagai jenis barangan.

Jadi buat anda yang ingin menyelesaikan hal penstoran, ada baiknya mengambil idea yang dikongsikan oleh seorang suami ini iaitu dengan lakukan DIY untuk hasilkan rak tinggi. Dengan cara ini walau ruang rumah anda terhad, masih boleh mengwujudkan ruang storan yang praktikal.

Difahamkan menurut perkongsian Hairul Nazmi, dia hasilkan rak tersebut kerana ianya jimat ruang. Ini memandangkan ruang bahagian bawah tidak terganggu dan paling sesuai untuk hasilkan rak tersebut pastikan ruang dinding mempunyai bentuk U.

Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan rak tinggi  yang ringkas sepertinya ini adalah hanya menggunakan papan pine untuk lantainya dan kayu saiz 1 x 2 pula untuk membentuk tulang kerangka rak tersebut.

“Baru siap buat rak tinggi, sebab nak jimat ruang bawah konon nya. 
Kalau dalam rumah ada dinding bentuk ‘U’ macam ni, boleh cuba buat. Perlukan material kayu sikit je. Saya pakai kayu size 1×2 buat tulang, pastu papan pine untuk buat lantai nya. Lebar rak ni dalam sekaki je, panjang tu bergantung pada jarak dinding kiri kanan tu.”

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Jadi buat anda yang ingin menghasilkan rak tinggi seperti ini, bolehlah sediakan kelengkapan dan bahan-bahan antaranya seperti ini:

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Kayu pine
Kayu saiz 1 x 2
Circular saw
Orbital Sander
Apit G
Tukul besi

Langkah 1 : Pastikan rumah anda mempunyai ruang dinding berbentuk U seperti di dalam gambar. Kemudian lakukan pemasangan kayu dengan menggunakan skru biasa yang berukuran 2.5 inci dan wallplug plastik bersaiz 6mm.

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Ads

Langkah 2 : Kemudian lubang skru ditebuk menggunakan pocket hole jig dan kemudian apitkan dengan menggunakan apit G.

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Langkah 3 : Teruskan proses yang sama untuk tingkat seterusnya. Anda boleh buat berapa tingkat bersesuaian dengan ruang yang ada.

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Langkah 4 : Kemudian potong kayu pine mengikut ukuran kerangka rak untuk dijadikan lantai rak.

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Langkah 5 : Lakukan proses pemasangan kayu yang dipotong tadi untuk dijadikan lantai rak dan dipaku kemas.

Ads

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Langkah 6 : Siap dan beginilah hasilnya. Bolehlah diletak barang-barang di atas rak tersebut.

DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang! DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Sumber : Hairul Nazmi 

 

 

Ads

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI