Kalau dah kreatif, macam-macam boleh guna untuk menjadikan kediaman anda cantik dan menarik. Ini adalah antara idea dekorasi menggunakan barang dari kedai Eco je yang boleh ibu-ibu cuba.
Ads
Jom admin kongsikan cara yang dimuat naik oleh saudara Abby Saipol. Cara2 buat pokok ECO. Sblum ni saya pos pokok keladi. Di sbb kn ptg tdi pergi ECO jumpa daun pisang, so kita bwt Pokok pisang ECO. 1. Daun keladi hari tu btg dia sama je. Tapi daun pisang ni bwh dia ada lebih. So kna potong lebihan tu. 2. Potong dawai untuk daun pertama kna lebih skit sbb nk bg tinggi jdi pucuk. Dawai Daun no 2 dn 3 potong bg pendek skit dri yg no 1. Daun no 4,5 dn 6 potong bg pendek skit dri daun no 2 dn 3. Daun no 7 dn 8 bg pendek skit dri daun no. 4,5 dn 6. 3. Letak dawai celah btg daun bg lebih ke ats skit. Balut dgn selotip hingga ke bwh. Bahagian btg yg dawai tu klau nk sama besar dgn btg asal belit selotip bg tebal. Hbis balut dgn selotip balut pula dgn pembalut batang wrna hijau. (Seperti di gambar) 4. Bahagi daun 3, 3 dn 2. Cantum tiga btg pertama balut dgn selotip di bahagin bwh shja. Kemudian tutup selotip dgn pembalut batang (seperti di gambar) 5. Cucuk daun2 yg telah di cantum pada span dlm pasu. Saya letak batu unt bg berat. Klau nk berat letak dlm pasu tanah liat atau tuang simen dlm pasu plstik. Lebih kemas dn stabil. 6. Kemudian buka daun dan lenturkan lembut2 mcm lentur daun pokok pisang viral juga. Buka ikut cita rasa masing2. P/s: Ni dah kali ke empat saya pos tapi tk lepas. Tak tau sbb apa. Sbb ramai yg nk cara bwt pokok ni saya cuba usaha smpai bleh. Klau tk bleh juga tk tau la. Hehe.. Klau admin lulus alhamdulillah…..
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semut merayap di dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka benda-benda manis terutama gula.
Jika anda tidak suka semut berada dalam rumah, sebaiknya jangan dibunuh dengan racun serangga atau ubat semut. Apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
1. Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
2. Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3. Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
4. Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
5. Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
6. Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tips menghalau semut yang suka menghurung bekas gula atau makanan.
1. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
2. Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
3. Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
4. Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan saman juga, cubalah bercakap dengan mereka sebab mereka kan rakyat Nabi Sulaiman, pujuk baik-baik semut tu supaya tinggalkan rumah kita. Buat masa sendirian ya, nanti ada orang ingat ibu halusinasi pula bercakap dengan semut.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja laksa pasti ramai yang menggemarinya, bagaimana pula dengan Maggi Asam Laksa? Ada tak yang buat sendiri tanpa menggunakan perencah yang disediakan?
Mungkin ada yang rasa leceh nak buat sendiri kan? tapi sebenatnya senang je dan tak mudah sangat caranya. yang penting lagi sedap dan bahan yang digunakan pun fresh tanpa bahan pengawet.
Close up! Nampak tak petis tu? Itu sumber rasa umami yang meningkatkan darjat kesedapan Maggi ni ke aras kayangan! Masam, pedas, dan menyegarkan! Kecur!
Sebenarnya saya tengah berkursus selama 5 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tak sempat nak masak canggih, jadi masak Maggi asam laksa, tapi tak guna perencah dalam paket. Maggi Asam Laksa by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (persediaan 10-15 minit)
1 pek mi segera
1 ekor ikan (pelaling/kembung/selar/dsb)
1 tangkai daun kesum
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 helai daun pudina
1-2 keping asam keping
1 sudu kecil petis/otak udang
Garam dan gula secukup rasa
Memang ada Maggi perasa Asam Laksa, tapi kenapa nak pakai perencah jika mudah sahaja nak buat kuah laksa asam ni kan?
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!
Rebus ikan, cili merah, setengah bawang merah, dan bawang putih sampai ikan masak dan ramuan lain lembut.Keluarkan ramuan yang direbus, dan kisar sehingga halus. Kalau tak nak rebus, nak kisar terus pun boleh.Lepas tu kisar isi ikan, tapi jangan halus sangat. Kalau halus sangat, tekstur kuah tu tak hambar. Saya juga tinggalkan ¼ isi ikan yang tak dikisar, untuk dihidang nanti.Kemudian masukkan semula bahan yang telah dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Reneh sampai mendidih. Kau orang suka ikan apa?Asam keping pula habis. Terpaksa guna pes asam jawa. Bolehlah, asalkan masam dan menyengat kelenjar air liur nanti. Jangan lupa perasakan juga dengan garam dan gula.Masukkan daun kesum. Kalau ada bunga kantan, masukkan sekali. Kalau tak ada daun kesum ni, kemungkinan besar asam laksa kau orang akan jadi tak sedap.Akhir sekali, masukkan mi segera. Jangan celur sampai lembut sangat. Laksa asam ni sedap kalau mi dia masih kental.Ini dia! Letak hirisan timun dan bawang, potongan cili padi, daun pudina, dan sedikit petis. Peh, memang syahdu! Terutamanya bila ada isi ikan sekeping macam tu!
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.