Siapa kat sini antara mak-mak yang jadi singa kat anak-anak setiap pagi gara-gara tak sidai balik tuala selepas guna? Berterabur tuala tu satu hal, tak pasal nanti bau kepam. Itu yang nak jadi hulk tu!
Mana taknya, kadang penyidai mak-mak letak tinggi sangat, tak pun penuh sangat dengan benda lain. Satu lagi dah semestinya ebab kelam kabut nak pergi sekolah. Sebab tu lah boleh bersepah merata tuala tu.
Haa apa kata try buat DIY rak tuala ni inspired dari AzrinRos. Boleh ajar mereka berdikari sendiri. Agak siapa yang tak sidai tu, balik sekolah bagi ‘benda’ ringan. Nanti tak ada la perangai ni bawa ke besar. Jom cuba!
Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.
Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu.
Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering.
AzrinRos
Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Penyidai Tuala Dari Paip PVC
Cara-caranya:-
Ukuran saiz paip untuk buat rak dari paip PVC
Bahagian A – Pasang Elbow dan T join pada paip 29”
Bahagian B – Pasang Elbow pada T joint dengan menyambungnya dengan paip 1”
Bahagian C – Pasang T join paip 9” dan paip 29” untuk kaki rak. Kemudian pasang 4 tiang paip 35”
Bahagian akhir dengan mencantumkan semua bahagian. Cantumkan semua bahagian A + B + C
Untuk rak yang lebih kukuh dan kurang tekanan pada kaki rak, boleh upgrade dengan cara ini iaitu tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.
Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29”
Perbezaan antara dua versi kaki rak
Kukuh rak bergantung pada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.