
Siapa kat sini antara mak-mak yang jadi singa kat anak-anak setiap pagi gara-gara tak sidai balik tuala selepas guna? Berterabur tuala tu satu hal, tak pasal nanti bau kepam. Itu yang nak jadi hulk tu!
Mana taknya, kadang penyidai mak-mak letak tinggi sangat, tak pun penuh sangat dengan benda lain. Satu lagi dah semestinya ebab kelam kabut nak pergi sekolah. Sebab tu lah boleh bersepah merata tuala tu.
Haa apa kata try buat DIY rak tuala ni inspired dari AzrinRos. Boleh ajar mereka berdikari sendiri. Agak siapa yang tak sidai tu, balik sekolah bagi ‘benda’ ringan. Nanti tak ada la perangai ni bawa ke besar. Jom cuba!
Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.
Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu.
Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering.
AzrinRos
Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Penyidai Tuala Dari Paip PVC
Cara-caranya:-
Ukuran saiz paip untuk buat rak dari paip PVC
Bahagian A – Pasang Elbow dan T join pada paip 29”
Bahagian B – Pasang Elbow pada T joint dengan menyambungnya dengan paip 1”
Bahagian C – Pasang T join paip 9” dan paip 29” untuk kaki rak. Kemudian pasang 4 tiang paip 35”
Bahagian akhir dengan mencantumkan semua bahagian. Cantumkan semua bahagian A + B + C
Untuk rak yang lebih kukuh dan kurang tekanan pada kaki rak, boleh upgrade dengan cara ini iaitu tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.
Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29”
Perbezaan antara dua versi kaki rak
Kukuh rak bergantung pada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
Demi Selamat Pelajar, Sanggup Ambil Risiko Terhidu Gas Beracun. Netizen Puji Abang Ambulans Hero 30 Nyawa.

Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Sumber: The Johorean, My Metro
Rupanya Memasak Rugi Diam Je, Tapi Biasakan Baca Zikir & Doa Ni. Kesannya Luar Biasa!

Memasak menjadi rutin harian setiap antara kita, selain memastikan masakan yang dimasak enak dan berkhasiat, ada satu perkara yang sangat-sangat digalakkan untuk dilakukan iaitu membaca zikir dan berdoa.
Untuk itu, dikongsikan di sini khas untuk ibu-ibu dan para Isteri juga umumnya untuk semua yang memasak..
Memasak ni sangat penting sahabat-sahabat..
Tok-tok guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak benarkan anak murid makan di luar sebab khuatir termakan makanan yang syubhah atau masakan orang yang tak solat di khuatiri akan mematikan hati.
Ketahuilah makanan yg kita makan itu akan menjadi darah daging kita…
Akan memberi kesan pada amal dan rohani kita..
Saya nak kongsi adab-adab memasak dari Kitab mudzakarah #masturat yang merupakan
amalan para Ulama’..
bukanlah satu kewajipan akan tetapi ini hanyalah anjuran Ulama..
Moga Barakah memasak dengan wirid dan doa insyAllah…
1. Sebaiknya sebelum memasak Berwuduk dan solat 2 rakaat.. Berdoa minta petunjuk Allah agar dpt memasak yg terbaik dengan hati yang ikhlas..
2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10
ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami
3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96
ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal
4. Doa cuci beras
ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya
5. Doa letak beras dalam periuk
ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar
6. Doa letak air dalam beras
ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ
7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ
Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah
8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71
ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ
9. Doa basuh Sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ
10. Doa menghaluskan perencah:
✴️Surah al kautsar ayat 1 hingga 3
Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, Istigfar dan zikir
JANGAN bercakap hal2 mengumpat atau fitnah atau cerita keburukan-keburukan ketika memasak apatahlagi buka lagu2 yg lalai dari mengingati Allah ketika memasak..
Usahakanlah sebaiknya untuk tutup aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak..kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah…
Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak..terutamanya Ibu dan isteri yang Solehah… Semoga menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin
Us khann Daie
Muhajir Madani
Sumber : Tuah’ainil Sufi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Siap Siaga! Prof Ni Kongsikan Tip Untuk Anak Yang Ambil Peperiksaan Besar Tahun Ni.

Jika masih ada yang ingat dengan kisah Prof Dr. Midhat Nabil yang pernah viral ketika dulu apabila berkongsi episod hidupnya dari seorang yang pernah gagal hingga berjaya bergelar seorang profesor. Benar, begitu banyak halangannya dan kegigihannya itu yang harus dijadikan inspirasi.
Bertepatan dengan niatnya untuk terus menyuntik inspirasi buat anak-anak yang sedang belajar, beliau turut berkongsi tip di awal-awal tahun ini di akaun fbnya. Jom semak untuk manfaat bersama.
Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM pada tahun ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.
1) Pastikan untuk mengulangkaji semenjak awal. Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya. Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua matapelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulangkaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulangkaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur). Hindarkanlah diri dari sifat malas. Bayangkanlah dengan mengulangkaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi dikemudian hari.
2) Elok untuk mengulangkaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain. Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain. Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergossip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergossip pasal artis, yang tu memang salah. Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).
3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’. Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita. Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulangkaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian. Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Ulangkaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!
4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik. Walaupun kita sudah mengulangkaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sessi menjawab soalan nanti. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, supplement tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.
5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta bonda. Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya. Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik2 peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.
Kepada yang mengambil peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM atau apa2 jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang. Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah s.w.t. jua…
sumber : Midhat Nabil