Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan rumah tangga, ibu-ibu mesti nak keadaan ruang tamu sentiasa bersih dan dalam masa yang sama berbau segar dan harum.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah. Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Istimewanya juga bila berbicara tentang penyegar udara ini, ia cukup menjimatkan dan aromanya dijamin cukup menyegarkan segenap ruangan. Jadi apa tunggu lagi, jom buat!
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Ads
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Ads
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggunakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Ads
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badam bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hiris lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih kering) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Resipi pencuci mulut yang satu ini memang cukup terkenal dengan rasanya yang enak, lembut dan menyegarkan. Selain dipanggil Sagu Gula Melaka, ada juga yang menyebutnya sebagai Kuih Sagu Bersantan. Pencuci mulut yang satu ini memang terkenal setiap kali tibanya bulan ramadan.
Untuk anda yang ingin mencubanya sendiri, jom admin kongsikan resipi serta tip bagaimana nak mendapatkan sagu yang bulat bentuknya seperti telur ikan dan nampak cukup menyelerakan.Tip ini dikongsikan oleh saudari Nurul Fadzilah Ani
❤️💛💚#SaguGulaMelaka❤️💛💚 is done!! Ad spa buat menu pnyejuk tekak yg sama dgn kakak x arini? kita bleh geng!!..mai la tempek pic #SaguGulaMelaka kwn² yg len kat komen.
Bahan-bahan
2 cawan sagu
1/2 cwn Gula Merah
1/2 cwn Gula pasir
1cwn Air (masak sehingga agak pekat n likat.)
Susu (Dutch Lady) 1
Cara membuat:
Masak air dlm 1.5L smpai betul² mendidih, kemudian masukkan sagu (tak perlu rendam or basuh sagu), sukatan utk sagu terpulang kpd masing-masing.
sagu kalini sy guna 2 cawan sagu.
Masak lagi smpai tak ad putih² dlm sagu, smpai sagu jadi jernih. Dalam tempoh memasak sagu tu, kalau air mkin kurang n menjadi pekat, tambah air panas dan terus masak smpai sagu betul² masak cntik.
Dah siap elok sagu tu msk, lalukan bwh air paip utk buang kanji dlm sagu (tapis sagu tu) hati² buat cket² sb takut nt abis kuar berterabur plak sagu dr penapis.
Dah siap tapis sagu akan nampak hasil sagu berbutir yg cntik.lepas da siap toskan sagu, bleh bagikan bbrapa bahagian utk d warnakan.
Tips nampak sagu cantik dalam susu
Lepas dah warnakan, biar sketika kemudian lalukan smula sagu di bawah air paip utk buang lebihan warna.maka sagu yang terhasil akan lebih cantik bila di tuang gula melaka dan susu nanti.tiada lebihan warna terhasil dalam susu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.