DIY Pencedok Najis Kucing, Senang Je, Hanya Gunakan Bekas Botol Pencuci, Wow Jimat!

Share

Kelengkapan dan barangan kucing sememangnya kita wajib ada bagi memastikan segala perkara dapat dilakukan dengan mudah. Bekas air, bekas makanan, bekas pasir dan pencedok najis kucing antara perkakasan asas yang wajib ada.

Semua ini bagi memastikan kucing kita selesa malah kita yang menjaganya juga tambah selesa hendak menguruskan si comel kita. Pun begitu harga semua barangan yang semakin meningkat membuatkan kita semakin memilih untuk berjimat.

Kreatif dalam segala hal. Itu yang kita mahukan. Tak perlukan modal besar, DIY bekas pencedok najis sendiri daripada bahan-bahan tak terjangka antara yang kita wajib lakukan.

Perkongsian dari Mohd Azrin Roselan yang menghasilkan pencedok najis daripada bekas botol pencuci ini memang win. Kreatif. Jom cuba. Nampak praktikal dan paling penting jimat!


Tak susah nak buat sudip dan bekas takung pembersih najis kucing ini.

Ada botol terpakai pencuci baju atau pelembut fabrik boleh potong seperti di dalam gambar. Kebetulan ada botol pencuci baju terpakai. Saya potong untuk dijadikan scoop najis kucing.

1. Botol pencuci baju terpakai dipotong jadi scoop najis kucing.

2. Scoop dihasilkan dibentuk dengan memotong pemegang botol pencuci baju.

3. Tapak botol pencuci baju dipotong jadi bekas takung.

4. Demo cara penggunaan scoop najis kucing.

Selamat mencuba!

Kredit: Mohd Azrin Roselan