
Kelengkapan dan barangan kucing sememangnya kita wajib ada bagi memastikan segala perkara dapat dilakukan dengan mudah. Bekas air, bekas makanan, bekas pasir dan pencedok najis kucing antara perkakasan asas yang wajib ada.
Semua ini bagi memastikan kucing kita selesa malah kita yang menjaganya juga tambah selesa hendak menguruskan si comel kita. Pun begitu harga semua barangan yang semakin meningkat membuatkan kita semakin memilih untuk berjimat.
Kreatif dalam segala hal. Itu yang kita mahukan. Tak perlukan modal besar, DIY bekas pencedok najis sendiri daripada bahan-bahan tak terjangka antara yang kita wajib lakukan.
Perkongsian dari Mohd Azrin Roselan yang menghasilkan pencedok najis daripada bekas botol pencuci ini memang win. Kreatif. Jom cuba. Nampak praktikal dan paling penting jimat!
Tak susah nak buat sudip dan bekas takung pembersih najis kucing ini.
Ada botol terpakai pencuci baju atau pelembut fabrik boleh potong seperti di dalam gambar. Kebetulan ada botol pencuci baju terpakai. Saya potong untuk dijadikan scoop najis kucing.
1. Botol pencuci baju terpakai dipotong jadi scoop najis kucing.
2. Scoop dihasilkan dibentuk dengan memotong pemegang botol pencuci baju.
3. Tapak botol pencuci baju dipotong jadi bekas takung.
4. Demo cara penggunaan scoop najis kucing.
Selamat mencuba!
Kredit: Mohd Azrin Roselan
Masak Guna Rice Cooker Pun Boleh, Kalau Dah Teringin Nak Merasa Tart Telur Buatan Sendiri!

Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
PAI SUSU @ TART TELUR RICE COOKER EMPAYAR ANNUR
KULIT PAI (Crust)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan
- Bentuk ikut periuk masing-masing (cth dlm pic)
FILLING
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan air
1 penutup esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur (kalau x letak pewarna pun xpe, tapi kaler filling agak pucat)
# Gaul sekata
# Tuang atas kulit pai yg dh d bentuk dlm periuk
- Buka api kecik. Masak 30 – 40 minit
- Saya lapik loyang. Loyang TAK PERLU letak air (Bukan kukus ye)
- Kulit pai TAK MELEKAT ye. Dah masak, tunggu sejuk sikit. Cungkil2 tepi die. Sengetkan periuk dan buatla gaya mane pun nak bagi dia keluar
SELAMAT MENCUBA
sumber : Empayar Annur via MAHN
Gaduh-Gaduh Manja Tanda Sayang, 6 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri!

Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Perbalahan, perselisihan faham dan bergaduh kecil adalah asam garam dalam rumah tangga. Melalui fasa pertama, lima tahun perkahwinan, pergaduhan dan bermasam muka itu adalah perkara biasa.
Pun begitu tempoh perkahwinan 10 tahun bukan bermakna kita telah arif dan kenal pasangan kita. Semuanya masih perlu dipelajari.
Apapun setiap pergaduhan jangan diambil terlalu serius kerana itulah rendah kehidupan kita. Jadikan semua itu sebagai proses untuk kita lebih saling mengenali.
Tip eratkan hubungan suami isteri ini perlu dijadikan pegangan untuk kita lebih eratkan hubungan suami isteri. Jangan hanya baca tapi belajar untuk berubah demi kebahagian bersama.
Tak perlu ambil serius
Kalau bergaduh pada hal yang remeh seperti lambat jawab telefon, lambat ambil di tempat kerja, sila jangan perbesarkan hal ini. Hal-hal remeh semacam ini tak patut sama sekali di ambil serius. Biar marah sekejap sahaja, kemudian cepat-cepat ‘cover’ supaya tak berpanjangan.
Minta maaf
Tak perlu tunggu pasangan mulakan dulu, baik suami atau isteri belajarlah untuk mulakan minta maaf. Tidak perlulah terlalu fikirkan tentang hati kita jika kita masih boleh mengawalnya. Hati kita Allah yang punya, perlahan-perlahan pasti sembuh jua.
Pendengar yang baik
Kalau isteri atau suami luahkan ketidakpuasan hatinya, jadilah pendengar yang baik dan bertindak balaslah secara baik. Perbincangan yang mendamaikan pasti membawa bahagia. Dengar dulu dengan jelas dan kemudian barulah berbincang. Kalau pasangan ada masalah pula jangan lupa menjadi pendamping setia buatnya. Jadilah pendengar yang baik.
Saling bantu-membantu ringankan kerja rumah
Pergaduhan suami isteri adakalanya berpunca daripada rasa tidak puas hati bila mana suami atau pasangan tidak langsung membantu kerja-kerja di rumah. Penat! Itulah punca pergaduhan kecil. Jangan biarkan pasangan menguruskan kerja rumah sendirian, sebaliknya ringankan tulang membantu hal-hal remeh seperti basuh pinggan, cuci pakaian ataupun menjaga anak.
Jangan terlalu berkira
Duit juga boleh jadi punca suami isteri bergaduh. Jangan berkira sangat soal wang ringgit. Kongsi rezeki sama-sama. Kalau ada lebih kongsikan lebih, kalau tak ada berbelanjalah secara berkhemah.
Ubah Mood
Paling penting kalau bergaduh kena cepat-cepat sedar supaya tidak terbawa-bawa. Bimbang menjadi makin besar dan memudaratkan anak- anak. Kalau isteri atau suami bermasam muka, ajaklah bercuti sekejap dan lari daripada mood pergaduhan. Kalau bercuti pasti mood jadi lebih cool, perasaan marah pun hilang.
Lelaki ni Kongsi Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM4000 Sebulan Pun Masih Memilih Berhenti Kerja

Kemana hala tuju anak muda kita hari ini ? Itu persoalan yang bermain di fikiran saudara Mohd Faisal menerusi penulisannya di laman facebook.
Isu ini timbul berikutan ada di kalangan anak muda yang mendapat gaji tinggi namun masih tetap memilih untuk berhenti kerja.
Itulah yang berlaku di tempat kerja anaknya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, namun akhirnya yang kekal tinggal adalah 18 orang, selebihnya memilih untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.

Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.

Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.

Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut2 kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa2 dengan saya.
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak ?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar dimasa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya ?
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan2 sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Kemana hala tuju anak-anak muda kita hari ini ?
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.

Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar. Jika sebagai kerjaya sementara, isi masa lapang atau sebagai pendapatan tambahan, tidak ada masalah. Sebagai kerjaya tetap tidak berapa baik untuk jangka panjang bagi diri sendiri dan negara.
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club