Jika kucing anda luka dan berkurap, boleh cuba buat minyak kunyit dan sapu pada bahagian luka dan kurap. Hendak beri ubat krim bimbang dijilat. Bahaya pula. Untuk lebih selamat boleh sapukan natural remedi yang dihasilkan daripada kunyit.
Hanya gunakan minyak kelapa dan juga kunyit sahaja. Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Minyak ini juga boleh kita gunakan untuk luka bukan terhad untuk si bulus sahaja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral.
Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat dua bahan ini. Yang penting ia selamat dan tiada toksik. Luka pun cepat baik!
Kita perlukan cuma TIGA bahan:
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Ads
Cara membuat:
1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur sahaja.
2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak itu. Agak-agak sahaja. Yang penting kita bersederhana.
Ads
3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh ini minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
4. Selepas 2 minggu warna sudah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka kucing kesayangan. Tidak bahaya jika kucing jilat pada sapuan tersebut.
Ads
5. Tengok warna minyak sudah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak itu akan cepat kering. Natural remedi tanpa bahan sintetik. Sesuai juga untuk kegunaan manusia.
Selama mana minyak ini elok?
Selagi tiada bau hapak. Kalau sudah bau hapak itu maksudnya sudah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan lagi ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tidak membazir.
Baik dewasa mahupun kanak-kanak, cukup menyayangi dan hormat dengan Tuanku berdua, termasuklah anakanda pasangan DiRaja ini.
Manakan tidak, setiap kali rakyat ditimpang masalah, pasti kelibat tuanku berdua tidak ketinggalan menghulurkan bantuan.
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata.
Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menterjemahkan rasa kasih dan hormat pada Tuanku Agong dan Permaisuri dengan menghadiahkan lukisan serta surat yang cukup comel dimata Tuanku berdua.
Kisah tersebut di muat naik oleh Tuanku Permaisuri menerusi laman instagramnya.
terima kasih @ifarahahmad …. cantek sangat n the cute letter … tuanku agong suka sangat !
Demikian kapsyen yang ditulis Tunku Azizah berserta gambar bersama Tuanku Agong yang memegang surat serta lukisan hadiah daripada kanak-kanak tersebut.
Rata-rata rakyat yang membaca perkongsian tersebut melahirkan rasa terharu atas penghargaan Tuanku berdua selain turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan kanak-kanak berkenaan.
budak2 pun syg tuanku..apetah lagi kami❤️
khair2468 Ya Tuanku… rakyat Malaysia memang teramat sayang kepada Tuanku..❤️❤️❤️
Tip tanam pokok bendi dalam pasu, pokok elok subur, cepat berbuah. Bendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa Inggerisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama.
Tip Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu, Pokok Elok Subur, Cepat Berbuah
Sebenarnya pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat.
Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.
Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.
Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium Tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.
Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
3. Semai Biji Benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.
Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi Tanaman
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini.
5. Cara Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis. Siram sekali sehari.
Kurang dari sebulan Malaysia akan mengadakan pilihan raya. Semestinya bagi individu yang perlu menjalankan tanggungjawab untuk mengundi sudah membuat persediaan dari segi pemilihan calon yang bakal diundi.
Namun, ada pula sesetengah pihak yang mengambil endah tak endah tentang pilihan raya ini dengan yakinkan tidak mahu laksanakan kewajipan untuk masa depan negara ini. Bagi yang ada alasan kukuh, boleh difikirkan juga. Tetapi yang sengaja tu, boleh ke? Jom ikuti jawapan dari penceramah tersohor ustaz Azhar Idrus mengenai hukum jika tidak keluar mengundi.
HUKUM JIKA TIDAK KELUAR MENGUNDI
Satu pertanyaan telah dijawab oleh ustaz Azhar Idrus mengenai apakah hukum tidak mengundi?
Mengundi ini adalah untuk melantik kerajaan, jika seseorang tidak mengundi maka mana-mana kerajaan yang naik semuanya untuk menegakkan Islam dan keadilan. Jadi tak wajib untuk mengundi. Faham.
Tak mengundi pun, tiga parti ini masuk. Tiga-tiga ini semua menegakkan Islam dan keadilan bersama rakyat. Tak mengundi tak apa. Mana-mana betul.
Contohnya, ada tiga orang untuk diundi jadi imam di masjid. Tetapi tiga-tiga orang ini layak menjadi imam. Pandai baca, banyak surah hafal maka kalau tak mengundi pun tak apa. Kalau menang salah seorang pun dia akan menjadi imam yang baik.
Tetapi jika seorang sahaja boleh menjadi imam yang lagi dua orang lagi kaki todi. Seorang kaki nombor ekor, seorang tak pernah sembahyang. Dia masuk juga mengundi nak jadi imam. Maka wajib kita beri undi kepada yang layak menjadi imam supaya tak naik dua orang tadi yang akan merosakkan jemaah kita. Faham.
Jadi kalau kita tidak mengundi, maka menang lah musuh-musuh Islam, menang lah orang-orang yang akan merosakkan persaudaraan Islam yang tidak akan menegakkan Al-Quran dan Hadis dalam negara. Maka kita berdosa di hadapan Allah.
Suami isteri meninggal dunia kemalangan, baru selesai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.