
Setiap rumah pasti tersimpan stok kentang kerana makanan tinggi karbohidrat ini cukup banyak kegunaannya. Selain menambah rasa dan penyedap makanan, kentang juga petua terbaik untuk memekatkan kuah. Malah tak kurang juga
memulihkan masakan yang terlalu masin. Hebat.
Tak hanya punya kuasa luar biasa dalam masakan, kentang juga kalau nak tahu baik untuk kecantikan kulit. Terbaru, kentang dimanfaatkan untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit. Wow!
Disebabkan itulah ramai yang mencuba masker kentang ini sendiri di rumah. Kos pun jimat. Jom ikut cara menyediakan masker kentang yang dikongsikan oleh Anis Roduan di facebooknya.
Kentang selain sedap dimakan, elok jugak buat masker tau uols. Kalau korang ada masalah kulit kering, cepat cuba tips ni. Sesuai juga untuk semua jenis skin. Selamat mencuba.
Bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah 1/4 cawan air kalau perlu)
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja
Cara pakai:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
3. Cuci dan bilas muka dengan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang:
1. Mengatasi kulit kering dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat & bekas jerawat
3. Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
4. Menghilangkan blackhead/whitehead
5. Merawat kulit sunburn
6. Mengurangkan kedutan pada kulit muka
7. Mengatasi kulit berminyak
Kredit: Anis Roduan
Mudah Je Nak Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Isi Manis, Banyak Ulasnya & Sedap Pula Tu. Baru Berbaloi Beli!

Selain durian, rambutan dan manggis, cempedak juga antara buah yang menjadi kegemaran ramai. Setiap kali tiba musim buah ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli. Bagi yang memiliki dusun pasti ini menyeronokkan. Boleh menambahkan pendapatan sampingan hasil jualan buah ini.
Bagi anda yang gemarkan buah cempedak, tetapi mungkin ada yang tak tahu cara pilih cempedak yang betul.
Ini antara tips yang dapat membantu kita memilih cempedak yang elok dan banyak isinya.
5 CARA PILIH CEMPEDAK YANG BAGUS, MANIS & BANYAK ISI
1. TENGOK ‘MATA’/ DURI KULIT
Antara pesan paling popular yang mak-mak kita pesan ialah kena perhati pada kulitnya. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. TEKAN KULIT RASA ISI DALAM
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. WARNA KEKUNINGAN, TANGKAI COKLAT
Kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuningnya nampak lebih dominan.
Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. BAU AROMA MENYENGAT
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.
Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. YANG BERAT LEBIH SELAMAT
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Jangan sebab nak murah, anda pilih cempedak yang kecil atau lebih ringan. Untuk selamat pilih buah yang berat kerana ini menunjukkan ia banyak isi.

KULIT CEMPEDAK PUN BOLEH MAKAN
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan.
Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Sumber: Sirap Limau
Gadis Ini Amal 5 Cara Efektif Naikkan Berat Badan Dalam1 Bulan. Yang Ada Masalah ‘Underweight’ Patut Cuba Ni!

Sering kali kita mendengar keluhan kaum wanita tentang bagaimana nak menurunkan berat badan. jarang sekali kita dengar bagaimana cara menaikkan berat badan.
Bagi yang terlalu kurus atau ‘underweight’ masalah ini cuba diatasi dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak. Namun kurang efektif.
Menerusi satu perkongsian seorang gadis bernama Siti Shairah mungkin dapat membantu mereka yang mengalami situasi ini.
Dikatakan dalam tempoph sebulan, gadis ini boleh menaikkan berat badan daripada 48.5 kg kepada 54.5 kg. Malah, perkongsian tip tersebut tular dan dikongsikan sebanayak 14k Share.
Baca perkongsian penuh di bawah tentang cara terbaik untuk menaikkan berat badan:
SEBELUM:
– Berat: 48.5kg
– Tinggi: 165cm
– Problem with food: Tak suka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang.
– My concern: BMI underweight cause i tinggi.
So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doctor, dan saya decide to make timetable, easy tips with target. Doing this just to try & lets see the result!
Target: 58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i tak suka. But i need to do something, cause i’m underweight! So i start the next day!
Ini merupakan lima tips paling efektif untuk anda yang ingin mencuba untuk naikkan berat badan dalam masa sebulan:
1. SUSU FULLCREAM
Pagi & malam wajib minum susu atleast 1 gelas (sebab tak suka paksa juga). Full cream cause tinggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yang ada flavour macam choc. I minum brand Dutchlady.
2. VITAMIN C
Makan vit c 1capsules/day atau boleh skip selang 2 hari sekali. Dalam satu minggu, dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pun sedap hehe. Tapi on the day you take vit c tu, make sure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok.
Hehe. Vit C is dietary supp, selain daripada untuk skin & etc. Boleh bagi selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, selera tak kuat sangat). So perlu vit c utk membantu selera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dah selera asyik nak kunyah jela.
3. TIMETABLE MAKAN
Kene makan on time, make sure ambil sarapan! Sarapan tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah je bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dah telan nasi. Jap lagi kunyah la benda lain. Keropok ke ice cream ke coklat ke. Haa gituu. Haha.
4. PENGAMBILAN MAKANAN
Amik kekacang, soya, dairy milk, & cheese. Makan banyak kali, hehe.
5. JUMPA DOKTOR
Disclaimer: Make sure anda refer doktor juga ya. Kalau dah underweight kadang-kadang disebabkan cacing juga. Cuba refer doktor first okay.
Genap satu bulan anda akan dapat keputusan yang begitu memuaskan hati!
I’m doing this semalam genap 1 month! So nak share dengan anda semua the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!
RESULT AFTER 1MONTH:
– Before start 48.5kg
– 1st week: 50.2kg
– 2nd week: 51.2kg
– 3rd week: 52.3kg
– 4th week: 54.5kg
Yeay! Walaupun berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, im happy with the result! Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck korang!


Ini Rupanya Khasiat Garam Yang Ramai Tak Tahu. Perkongsian Dari Ustazah Siti Nor Bahyah Ini Patut Ibu-Ibu Baca!

Bahan ini sangat penting dalam menyediakan makanan. Sesedap mana sekali pun sesuatu masakan itu pasti ada ‘kurangnya’ bila tidak diletakkan garam.
Tidak kira jenis apa masakan yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden, hidangan tradisional, kuih muih dan sebagainya pasti akan menggunakan bahan nan satu ini.
Dengan kata lain, garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu.
Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah di dalam fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
- Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.
4. Merawat cirit-birit: Minum air yang di campur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam di campur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang di campur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang di campur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ
9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yg di rukyah (doa).اَللهُ اكبر..!
Semoga bermanafaat.
ْ إنْ شَآءَالله ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Sumber : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood