
Banyak manfaatnya anda boleh peroleh melalui saluran youtube, bukan semata-mata membuang masa atau duit, tapi kena lah dengan caranya. Seperti yang dikongsikan lelaki ini, dia dan isteri menggunakan saluran youtube untuk belajar membuat sendiri kabinet dapur.
Hasilnya memang meletup, apalagi mereka baru sahaja belajar dan bukan ada pengalaman pun dalam bab tersebut.
Admin kongsikan hasil kreativiti saudara Mulo Pacheco dan isterinya. Memang menarik, canti, nampak kemas dan praktikal untuk ruang dapur kediaman mereka.
Hasil bertukang dengan isteri semasa PKPB sambung ke PKP 2.0 😂. DIY kabinet dapur ala newbie hasil berguru dari Youtube. Total kerugian ~RM1800.
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri membuat kabinet sebegini, boleh lihat di laman yang dikongsikan ini.
Selamat mencuba!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Suami Tidak Mampu Untuk Menyewa, Maka Di Sini Kami Terpaksa Bertahan”- Sekeluarga Tinggal Di Kandang Kambing!

Andai kita rasa kehidupan pada masa ini terlalu susah untuk dilalui dan selalu mengeluh terutama yang melibatkan duit. Namun sedarkah kita disaat kita berasa tidak selesa tentang kehidupan kita sekarang ini, lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebuh berat daripada apa yang kita hadapi.
Di saat kita merungut untuk menyekat perbelanjaan, ramai lagi di luar sana yang kini berjuang mencari tempat tinggal untuk berteduh dan makanan untuk keluarga mengisi perut yang lapar.
Ini seperti mana kisahnya yang dilaporkan di dalam Harian Metro yang berlaku ke atas sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Babong, terpaksa berteduh di kandang kambing untuk membesarkan dua orang anak mereka.
Mohd Azlam Yusof, 26, dan isterinya, Raja Sazila Raja Hanuzi, 24, serta dua anak mereka, Nur Aidyah Syafiqah, 6, serta Amsyar Syazuran, 1, hidup dalam serba kedaifan terutama sejak pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan keluarga mereka tidak menentu.

Ketika Hujan Empat Beranak Kebasahan
Bangsal yang mereka berteduh pada asalnya adalah kandang kambing, namun disebabkan tidak mampu menyewa kediaman lain menyebabkan empat beranak itu tinggal di bangsal serba usang dengan memindahkan kambing ke kawasan lain.
Raja Sazila berkata, sebelum ini, dia dan suami menumpang rumah ibu mentua sebelum mengambil keputusan berpindah di kandang kambing berkenaan.
“Pada asalnya kandang tu kecil saja namun suami terpaksa mengubah suai dengan membesarkannya sedikit memandangkan kami mempunyai dua anak.
“Sepanjang tinggal di bangsal berkenaan, paling menyedihkan ialah ketika hujan yang mana keseluruhan rumah akan basah menyebabkan kami empat beranak sukar tidur selain keadaan lantai kayu juga hampir reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dia berkata, suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari, namun sejak pandemik Covid-19 tahun lalu, pendapatan yang diterima tidak menentu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut untuk makan.

“Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami sudah tidak bekerja sejak beberapa bulan menyebabkan keadaan kami semakin sukar. Jika ada telur sebagai hidangan itu sudah memadai selain kulit ayam juga turut dijadikan lauk bagi mengalas perut.
“Suami tidak mampu untuk menyewa di tempat lain. Maka di sini saja kami terpaksa bertahan, bangsal kami tiada tandas dan setiap kali mandi, kami akan pergi ke rumah ibu mentua selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mentua.
“Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sedia ada,” katanya.
Raja Sazila berkata, minggu lalu ada pihak yang hadir dan katanya bersetuju untuk membina rumah buat mereka sekeluarga.
Namun katanya, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran itu dan berharap ianya menjadi kenyataan buat mereka sekeluarga.
Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Belanga, Wan Zaidi Wan Jusoh berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga berkenaan meminta kepingan zink memandangkan keadaan atap yang bocor setiap kali hujan.
Katanya, barangan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat kepada keluarga berkenaan.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Hazmi Hassan yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka.
Hazmi berkata, pihaknya melalui badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amal Harapan Kelantan menyumbang sebuah motosikal kepada Mohd Azlam memandangkan keluarga berkenaan tidak mempunyai kenderaan.
Sumber : Harian Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cuba Cara Ini Jika Mahu Pudarkan Bintik Hitam Pada Wajah, Guna 3 Bahan Sahaja.

Halia sememangnya amat sinonim penggunaannya di dalam masakan masyarakat kita. Sejak zaman-berzaman, halia digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Selain memberi manfaat kesihatan halia juga digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan.
Antara rawatan kecantikan yang menggunakan halia termasuklah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.
Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Cara Membuat Masker Halia:
1.Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2.Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
“Masakan Terakhir Seorang Isteri.” Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Suami & Anak-Anak!

Pastinya selepas ini ramai yang akan merindui gelak tawa dan gurau sendanya ketika memasak. Tiada lagi perkongsian tip dan menu masakan di ruangan media sosial. Tiada lagi ketawa lepas, gurau manja dan usikan kepada sang suami dan anak- anak.
Allahu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Insan bernama Siti Sarah Raissuddin ini bukanlah golongan ternama, hanya selebriti namun kepulangannya ke Rahmatullah ditangisi segenap lapisan masyarakat.
Rata-rata berkongsi kenangan , pengalaman dan keperibadian arwah yang tak lokek bersedekah dan membantu sesama insan.
Sikap terpuji Sarah sebagai isteri dan ibu terserlah setiap kali melihat video yang dimuat naik. Keprihatinan terhadap kebajikan suami dan anak-anak sangat dijaga.
Biarpun sedang sarat mengandung, namun Sarah masih lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan menyediakan hidangan buat sekeluarga.
Perkongsian memasak Ketam Sweet & Sour Chines di ruangan media sosial milik peribadinya menjadi air tangan terakhir disajikan buat suami dan anak-anak tercinta.
Lima hari yang lalu, dia begitu cerita berkongsi tip dan memasak dilaman instagramnya. Kini celoteh itu tiada lagi. Admin kongsikan resipi terakhir yang dimasak oleh Siti Sarah baru-baru ini.
Rindu masak My Style kaa???
Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih korang yang doakan Sarah sekeluarga 😍🙏🏻 Semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian, aamiin #CovidFighter #AllahUjiAllahSayang
Pemergian Sarah ditangisi ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dan sedih . Tiada lagi celoteh dan gelak tawa sambil berkongsi menu masakan menerusi instagramnya.
