
Sejak akhir-akhir ini cuaca panas melampau itu menyaksikan banyak aktiviti dihadkan supaya tidak menganggu kesihatan manusia. Malah aktiviti luar kanak-kanak sekolah dikurangkan untuk mengelak sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nyawa.
Bahang kepanasan melampau ini turut dirasai apabila berada dalam rumah. Sehingga ada yang memasang aircond sepanjang hari. Namun, apa kata cuba cara DIY jadikan kipas dingin dengan meletakan ais dalam botol. Selain menjimatkan elektrik, boleh cuba cara ini ketika pulang ke kampung.
Praktikal untuk dicuba!








Kredit, FB Persatuan Muafakat Johor via Depakata
Guna Cuka Dengan 26 Cara Ni. Kerja Rumah Jadi Lebih Mudah!

Cuka bukan hanya digunakan untuk masakan sahaja, ini ada 26 kegunaan lain yang pastinya anda nak cuba untuk memudahkan lagi kerja-kerja di rumah. Jom semak.
1. Menanggalkan tanda harga atau label pada bekas
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
2. Cuci Microwave oven
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’
Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.
14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
16. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur
➵ Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.
17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
19. Untuk menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet
Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
(Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).
21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape dan sebagainya)
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
25. Menghindarkan semut
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
26. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
sumber : Ilham Dekorasi
‘Alam Ghaib Ni Wujud.” Walaupun Hampir 2 Bulan Menghilang, Keluarga Pendaki Hilang Di Pulau Mawar Tetap Ikhtiar

Belum sempat habis merungkai misteri kehilangan Acap yang hilang di gua Tempurung selepas menyertai araca larian 4 tahun yang lalu, kini satu lagi misteri kehilangan pendaki dilaporkan.
Kali ini berlaku di Pulau Mawar, Mersing. Pemuda yang bernama Akmal Hakimi ini dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar mendaki bukit secara bersendirian pada 1 Februari yang lalu.
Menurut abang kepada pemuda ini, Muhamad Mirza Qusyairi Ishak, laporan polis sudah dibuat namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.
Adiknya yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Lumut, Perak sudah terbiasa mendaki bukit sendirian sebelum ini. Ini bukan kali pertama adiknya mendaki seorang diri.
“Kami dua beradik je. Dia anak bongsu. Dia dah pernah hiking Pulau Mawar sendirian sebanyak tiga kali. Sebelum ini pun dia hiking Gunung Lambak dan Gunung Rembau seorang diri.
“Kami cuba hubungi dan WhatsApp dia tapi tak dapat. Kadang-kadang mak tengah masak pun sedih. Dia tanya adik kat mana, hidup lagi atau tak?”
Biarpun ada pihak yang mengaitkan kehilangan itu dengan alam mistik, Qusyairi berkata keluarga tidak putus harapan dan berharap adiknya akan pulang secepat mungkin.
“Saya dan keluarga turut pergi ke Pulau Mawar sejak 1 hingga 3 Februari. Selepas SAR dihentikan pada 7 Februari, pencarian diteruskan dengan agensi bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, orang kampung, ustaz dan iman Masjid Besar Sultan Iskandar Johor Bahru.
Menjawab soalan yang ianya ada kaitan dengan alam ghaib, kata pemuda ini,
“Alam ghaib ni wujud. Cuma saya dengan keluarga tak taksub. Orang lain nak cakap apa-apa, cakaplah. Allah saja yang tahu. Saya percaya ada hikmah. Selagi belum jumpa petunjuk, saya terus ikhtiar,” ujarnya lagi.
Qusyairi turut membuat hebahan mengenai kehilangan itu menerusi aplikasi TikTok dan menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui adiknya.
Menerusi posting di TikTok, Qusyairi berkata adiknya memakai jaket kuning, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama Jeep pada hari kehilangannya.N
Netizen di TikTok turut menzahirkan rasa simpati di ruangan komen dan mendoakan agar adik Qusyairi dapat ditemui semula.
Beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen;
“Kadang-kadang dia nampak kita. Kita je tak nampak dia. Moga urusan pencarian adik dipermudahkan.
“Ya Allah, dalam apa keadaan sekali pun, pertemukanlah adik ni dengan keluarganya.
“Kenapa saya tengok tempat hiking meremang bulu roma?” tulis beberapa netizen.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Berangkat Sehari Selepas Ulang Tahun Kelahiran..”-Zizi Kirana & Suami Teruja Tunai Umrah Bersama!

Sebelum ini telah banyak kita dengar tentang cerita yang indah-indah berkenaan peluang mengerjakan ibadah umrah bersama pasangan di Tanah Suci. Secara tidak langsung, kita juga berharap dan berasa teruja agar suatu hari nanti kita juga dapat menjejakkan kaki ke sana untuk sama-sama merasai indahnya menunaikan ibadah bersama pasangan tercinta.
Tidak ketinggalan juga buat penyanyi, Zizi Kirana mengakui sungguh teruja untuk berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Zizi Kirana, 37, mengakui sangat teruja untuk berangkat ke Kota Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Difahamkan pasangan secocok ini akan berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada 24 Januari ini.
“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” ujarnya.
Bertanya lanjut berkenaan persiapan sepanjang berada di sana, nyata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini begitu teruja berkongsi apa yang telah dilakukan olehnya dari sudut persiapkan diri dengan ilmu ibadah, ubat-ubatan serta penyediaan pakaian musim sejuk.
“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya.
Zizi berkata, dia menganggap semua itu adalah ujian Allah untuknya. Dia juga sudah menyiapkan ubat-ubatan dan pakaian musim sejuk.
Zizi juga berdoa agar semua urusannya dan suami dipermudahkan.
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” katanya.
Sumber : Harian Metro