DIY Giant Bubble Homemade Semudah A.B.C. Wanita Ni Kongsikan Cara Guna Bahan Dapur Jer!

Share

Waktu PKP ini pasti sedikit sebanyak membuatkan anak-anak terkurung di dalam rumah. Belajar pun sekarang semuanya dilakukan di rumah. Kalau sebelum ini pulang dari sekolah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Bermain di padang bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tetapi pasti  tak berpeluang berbuat demikian.

Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.

Penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuat Giant Bubble. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak  tolong. Pasti lebih seronok.

Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini.

DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!

Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁

 #jimat

BAHAN-BAHAN

(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk

(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) Gunting

CARA-CARA

1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.


3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.

Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.

Kredit: Diana Said