Waktu PKP ini pasti sedikit sebanyak membuatkan anak-anak terkurung di dalam rumah. Belajar pun sekarang semuanya dilakukan di rumah. Kalau sebelum ini pulang dari sekolah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Bermain di padang bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tetapi pasti tak berpeluang berbuat demikian.
Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.
Penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuat Giant Bubble. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok.
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini.
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁 #jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Kredit: Diana Said
Cantikkan Rumah Dengan Wallpaper, DIY Pasang Wallpaper Sendiri, Ikut Langkah Ni Je, Mudah!
Memasuki bulan Rejap pasti ramai ibu-ibu yang sudah mula mempersiapkan rumah sebagai persiapan menyambut Ramadhan dan seterusnya Syawal yang mulia.
Mulalah merancang nak tukar langsir, cadar dan hiasan-hiasan rumah. Tapi tak kurang juga yang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding bagi menampakkan kelainan.
Memang cantik juga kalau sesekali ubah mood raya. Barulah rasa lebih semangat nak sambut raya. Tak gitu? Memasang kertas dinding ini sebenarnya tidaklah sesukar mana, hanya perlukan sedikit ketelitian dan semangat yang tinggi.
Kertas dinding yang dijual di pasaran sekarang ini amatlah senang nak dipasang. Tanggalkan sahaja pelekat di belakangnya dan tampalkan pada dinding. Tapi kalau kertas dinding jenis bergam, memerlukan ketelitian. Macam mana nak pasangnya? Ikut langkah yang dikongsikan oleh wanita ini di blognya, dkdayat.blogspot.my.
Ok…inilah kaedah memasang wallpaper sendiri. Apa yang diperlukan ialah wallpaper secukupnya. Tangga jangan lupa ya.
Bahan-bahan:
Kertas wallpaper
Pisau
Pita ukur
Pembaris
Scope/span
Gam
1. Korang ukur la tinggi dinding kemudian potong wallpaper mengikut ukuran tadi (tapi lebihkan sedikit untuk security step..hehee)
2. Lepas tu, sapu gam pada keseluruhan bahagian belakang wallpaper. Lipat bahagian atas sampai ke tengah, dan bahagian bawah ke tengah.
3. Kemudian tampallah kat dinding. Adjustkan mana yang senget. Gunakan scope atau span untuk buang gelembung dan merapikan bahagian sudut atas dan bawah serta bahagian sudut-sudut lain jika ada. Kertas yang lebih tu potong laaa….
4. Pasal gam tadi, pakar kata cari yang jenis serbuk lepas tu bancuh sendiri. Tapi aku cari tak jumpa aku pakai jenis cecair dah siap. Sekali punya la berat nak sapu…pehhh!!
5. Kemudian ulangi step tadi sampai la siap semuanya.
Dinding ni tak la besar sangat, tapi dari jam 8 sampai jam 2 petang aku buat baru siap. Perghh memang mencabar. Memang kena la upah pasang sekitar RM150/gulung yang orang cakap.
Satu gulung aku dapat 3 potong
Sudah siap..
Bahagian sebelah…siap gak.
Jenuh menyamakan bunga tu wehhh. Itu belum lagi garisan, gelembung…memang tinggi skill….hihihiiii.
Selamat mencuba.
Kredit: dkdayat.blogspot.my
Asam Garam Berumah Tangga, Salah Satu Ni Mungkin Sudah Laluinya!
Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, sekali sekala dilanda hujan dan badai, namun semua itu harus didepani dengan tenang dan matang. Ini memandangkan itulah hakikatnya asam garam berumah tangga.
Memahami beberapa jenis ujian yang sering dihadapi oleh wanita bergelar isteri, ini disenaraikan sebagai panduan bersama. Jom semak.
JENIS-JENIS UJIAN DALAM RUMAH TANGGA (cek ujian kamu ada di nombor berapa)
1. Ujian Mertua
– Tak semua orang memiliki mertua yang baik…ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya…hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya…untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya…jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu…
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak dengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar…isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%…untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan…
2. Ujian Ipar
– Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik…ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka…apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang…ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya…ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki…
3. Ujian Kewangan
– Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga…dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua…apa yang suami makan, isteri makan…apa yang suami pakai, isteri pakai…segala-galanya kena berkongsi…waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua-keduanya ada pendapatan…maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus…
4. Ujian Anak
– Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat…anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera…Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar…Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka…ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut…pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban…
5. Ujian Kecurangan
– Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul-betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya…dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih…dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang-orang ini sangatlah tinggi…gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan…
Akhir kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian-ujian yang dinyatakan, ada yang tidak…bagi yang berjaya, mgkin sekarang mereka dah bahagia…bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah…hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t…
sumber : Firdaus Shakirin
“Suka Matematik, Main Puzzle & Belajar Grammar Dari Video.” Umur 2 Tahun Lancar Hafal Sifir 12, Bapa Anak Ni Kongsi Tip!
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga kan melihat pencapaian anak-anak mereka. Walaupun di usia yang masih keanak-anakan, namun dia sudah menunjukkan otaknya yang genius dengan menghafal sifir 12 dengan lancar.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa kepada kanak-kanak bernama Noah.
Menurut Shamer, anaknya itu telah menunjukkan minat yang mendalam dalam subjek matematik sejak usianya memasuki dua tahun.
“Sekarang Noah mampu menjawab soalan sifir satu hingga 12. Bukan sahaja bijak dalam sifir, malah Noah juga dapat membezakan nombor dari sa, puluh, ratus, ribu, juta, bilion dan keatas.
Selain itu, dia juga cekap dalam mengingati nama-nama benda, haiwan dan lain-lain.
“Sebenarnya Noah mula kenal pasti nama objek atau ‘very first word’ seawal usia setahun dan boleh membaca seawal usia dua tahun.
“Selain minat subjek matematik, Noah juga sangat suka bentuk dan aktiviti menyusun puzzle. Noah juga belajar ‘grammar’ melalui video.” Katanya.
Menurut Shamer lagi, anaknya itu melakukan aktiviti sama seperti kanak-kanak lain iaitu bermain dan beriadah seperti biasa.
“Kami banyak menggunakan cara atau teknik belajar sambil bermain. Ini membuatkan dia lebih suka dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baru.
“Malah, isteri pun yakin penggunaan kad imbas dalam mengajar anak cukup berkesan,” jelas Shamer lagi.
Dalam pada itu Sahmer turut berkongsi beberapa tip untuk dijadikan panduan buat ibu lain dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak.
5 Aktiviti Yang Boleh Parent Lakukan Bersama-sama Anak di Rumah.
.
Since ramai yang dm kami tanya macam mana nak buat supaya anak cepat ‘tangkap’ apa yang ibu bapa ajarkan. Kami share sikit lah ye apa yg kami buat. Activity apa yang sesuai untuk anak-anak.
.
Kami sendiri pun masih belajar dan bukannya Pakar dalam bidang ‘Parenting’ ni sebenarnya. Tapi tak salah kalau kami kongsikan sedikit apa yg kami buat.
.
Lagi banyak masa kita luangkan bersama anak, lagi banyak benda anak boleh explore.
Antara aktiviti yg boleh kita buat :-
.
1. Aktiviti Seni atau Projek DIY
.
2. Lipat Baju, Susun Barang bersama
.
3. Membaca Buku ikut Minat Anak (ikut kesesuaian umur)
.
4. Mengaji Al-Quran atau Menghafal Surah Surah Pendek
.
5. Main Puzzle atau mainan menguji kemahiran berfikir anak
.
Insyaallah kami akan kongsikan lagi tips yang lain pada post akan datang ☺️.
Sumber: shamersaranison
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club