Musim cuti sekolah begini, pasti banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Tetapi adakalanya kekangan masa dan kerjaya menyebabkan ibu bapa tak berpeluang berbuat demikian.
Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.
Biasanya kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.
Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.
Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁 #jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Kredit: Diana Said