DIY Face Mist Guna Timun Jer Bantu Masalah Kulit Jerawat & Sunburn. Mudah, Murah & Jimat!

Share

Kulit wajah berjerawat, banyak terdedah pada cahaya matahari menyebabkan kulit sunburn? Apa kata ibu-ibu cuba buat face mist menggunakan timun.

Tip cantik ini dikongsikan oleh Tengku Wdec yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah.  Jom cuba!

Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri.


Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag.
Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Jangan lupe share ok👌💗

Cara membuat:

1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.

 

 

2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.

3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.

“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”

Tip Cantik:

Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup

bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.

Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.

he following two tabs change content below

#sharing #tipscantiktengku

Sumber: Tengku Wdec

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club