DIY Belon Air Untuk Anak-Anak. Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Share

Kalau membuat aktiviti bersama kanak-kanak, tak lengkap rasanya jika tiada aktiviti bermain belon air.

Sukanya melihat mereka berlari keriangan sambil mengejar belon-belon itu.

Jika dilihat pada harganya, erm.. boleh tahan juga.

Yang ada anak ramai tu, mesti lagi terasa. Kadang satu bekas itu hanya bertahan beberapa minit sahaja.

Kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.

Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya empat bahan mudah diperlukan. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok.

Bahan-bahan untuk menghasilkan buih :

250 ml pencuci pinggan
4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
1.5 liter air
1 sudu besar serbuk penaik

Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama.

Cara Membuat :
Campurkan kesemua bahan-bahan ini
Kacau sebati.

Bahan-bahan bubble wand/ pemegang :
Penyangkut baju jenis dawai
Tali jenis kain
Pita Pelekat


Cara Membuat:
Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
Lilitkan dengan tali jenis kain keliling penyangkut ini.
Kemudian lilitkan pula dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.

Info Ekstra
1. Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.
2. Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club