DIY Barang Terbuang Jadi Tempat Cuci Tangan, Usaha Kreatif Guru Ikut SOP Wajar Dipuji. Memang Kreatif

Share

Semenjak pembukaan sekolah pada 15 Julai lalu, banyak sekolah telah berusaha untuk memastikan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dipatuhi. Ini termasuk pemeriksaan suhu badan pelajar, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Pelbagai kaedah dilakukan untuk memastikan anak-anak mengikut SOP. Namun, cara kreatif yang dilakukan oleh guru-guru di sebuah sekolah ini mencuri perhatian. Mereka menggunakan cara kreatif untuk memastikan para pelajar mencuci tangan dengan kerap.

Viral di laman media sosial memaparkan sekumpulan guru dari sebuah sekolah yang dikatakan dari Kota Bharu ini menggunakan idea kreatif menukar barang terbuang seperti mesin basuh, kepada sebuah singki mencuci tangan untuk para pelajar.

Idea ini membuatkan barang terbuang tersebut kelihatan lebih cantik dan menarik . sekaligus membuatkan para pelajar suka menggunakannya. Pelbagai corak dihasilkan dan semuanya cantik-cantik belaka.

 

Sumber: Viral Media Johor