
Umumnya sebakul pakaian yang telah dicuci jika ingin dijemur ke luar rumah, tentunya berat untuk diangkat, bukan?
Namun dengan idea menghasilkan bakul beroda, semua masalah ini dapat diatasi dengan mudah.
Ayuh kita semak cara untuk menghasilkannya dengan bajet yang paling Murah.
Assalamualaikum semua. First time nak post hasil kerja tangan sendiri. Tak payah nak tunggu husband buatkan.
Kalau beli kat luar mau berpuluh-puluh jugak harganya ni….buat sendiri puas hati nak macam mana pon….nak tinggi ke…rendah ke….ikut bajet sendiri..saya buat ni modal tak sampai RM15 pon…
DIY BAKUL KAIN BERODA
Bahan dan modal yang saya guna:
Bakul kain-FREE (yang ade kat rumah je)
Roda 2 paket yang boleh pusing 360°-RM4.24 (Kedai eco)
Cable tie 1 paket – RM2.12 (Kedai eco)
Batang paip 3 – RM1.60 x 3 (Kedai DIY)
Elbow pipe – RM0.50×2 (Kedai DIY)
Last sekali tangan dan tenaga untuk ikat cable tie.
Tak payah susah-susah dah nak angkat bakul tu berat-berat..Tambah-tambah kalau dah letak kain penuh bakul…kain baru basuh masih lembab-lembab lagilah berat…
Sekarang tak risau dan tak susah…tarik je ke mane suka..
SELAMAT MENCUBA
Sumber : Asma Asnidayu via kelab kaki deko barang eco /mr.diy
Simpan Mee Lagi Tahan Lama & Bila Masak Tak Patah-patah. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Biasanya dalam membeli pelbagai jenis mee basah seperti kueteaw, mee kuning atau mee laksa, kita jarang membeli dalam kuantiti yang banyak. Cukup sebungkus dua untuk sekali masak.
Bimbang juga kalau terlebih beli dan bila disimpan di dalam peti sejuk, mee jadi keras.
Pun begitu, melalui perkongsian pengalaman daripada Hani Mynis, rupanya ada teknik perlu dibuat untuk pastikan mee tetap elok. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Penyimpanan mee (kuning, kuey teow dan laksa) basah
Alang-alang hari tu ada yang tanya macam mana nak simpan mee-mee basah ni supaya tahan lama. Hani kongsi kat sini lah ya. Eleh hani copy paste sharing hani kat IG kat sini je hahahaha here we go:
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa. .
Cara ni sesuai untuk semua jenis mee basah (mee kuning, mee kuey teow dan mee laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur. .
Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais.Nanti dia mem”beku” dan melekat-lekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah-patah so tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu-satu kan. Sapa pernah buat macam tu faham maksud hani hehehe (hani pun pernah buat dolu-dolu haha)
Buat Begini
1. Keluarkan mee dari bungkusan.
2. Masukkan dalam bekas berpenutup.
3. Letakkan minyak dan lerai-leraikan.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller.
So cara yang sebetulnya (ni yang hn tanya penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu. Pastikan dia tak seketul membongkah cmtu je mi dia. Jgn kena air.
Pastikan bekas nak diisi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan.
Nanti time nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi dia cantik tak patah-patah.
Ok dah boleh makan laksa tetiap hari tetiap minggu sebab selalu masak laksa memang hani lebihkan kuih laksa tu dan bekukan. Nak makan panaskan je. Sapa hantu laksa macam hn bolehlah try camni.
Semoga bermanfaat
Sumber : Hani Mynis
Teringin Nak Juga Ada Tanaman Dalam Rumah, Nilah Dia Pokok Paling Senang Jaga!

Selain mencantikkan deko rumah, tanaman seperti money plants jika ditanam bergantungan atau diletak di satu sudut ruangan juga berperanan memberi kesegaran udara.
Tambahan pula penjagaan pokok ini tidaklah cerewet dan sesuai sangat untuk kita yang sibuk namun teringin juga menghias rumah dengan tumbuhan menghijau.
Ini sebagaimana yang disarankan di akaun fb Nazia Suhaimi yang turun berkongsi cara menyemai pokok money plants dengan menggunakan bajet yang rendah.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Kalau anda sejenis yang tak rajin nak jaga pokok tapi nak juga ada pokok hidup dalam rumah, saya memang rekemen cuba beli pokok money plant jenis Golden Photos.
5 sebab kenapa saya cakap Golden Photos;
1. Tak perlu siram hari-hari, cukuplah seminggu sekali.
2. Senang nak hidup, sama ada atas tanah, melingkar (dinding/pagar) atau buh dalam pasu gelas berair.
3. Boleh hidup sama ada luar rumah atau dalam rumah.

4. Jenis tanaman yang membersihkan udara, sebab itu disarankan letak dalam rumah.
5. Senang nak semai, jimat tak perlu beli lagi.
Dari satu pasu, sekarang saya dah ada banyak pasu. Paling sihat, pokok ni bila letak dalam bilik air. Agaknya sebab sejuk lembab. Jadi, hari ni saya nak share cara semai menggunakan produk Eco 2 ringgit.
Bahan-bahan:
Tanah hitam, penyedok tanah, pasu
Step 1 : Lubangkan terlebih dahulu bahagian pasu besi. Saya tebuk menggunakan screwdriver dengan ditukul menggunakan lesung batu.
Step 2 :
Isi pasu dengan tanah hingga penuh.
Step 3 :
Gunting pokok money plants pada bahagian yang mempunyai ajar seperti ini. Ini kerana akar itu akan bercambah bila ditanam di dalam pasu nanti.
Step 4 :
Siap. Inilah pokok-pokok yang siap disemai nampak cantik.
Selamat mencuba~
Sumber : Nazia Suhaimi
“Syahiran ‘Anchor’, Selalu Ada Dengan Saya.” Uyaina Sebak Kenang Pengorbanan Suami Jadi Ketua Keluarga

Kehidupan sebagai pasangan selebriti sering kali diselimuti dengan sorotan media dan tekanan industri. Namun, bagi Raja Syahiran dan Uyaina Arshad, kehadiran dua permata hati mereka iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan telah membawa sinar baru yang tidak ternilai di dalam rumah tangga mereka.
Sejak lahirnya Raja Urhan, pasangan ini merasakan cinta yang mendalam dan tanggungjawab yang semakin besar. Setiap senyuman dan tangisan si kecil itu mengingatkan mereka tentang makna keluarga yang sebenar.
Kehadiran Raja Urayyan pula menambah keceriaan, menjadikan rumah mereka penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang. Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah menjadi satu perjalanan yang penuh warna.
Keduanya tidak hanya berperanan sebagai selebriti, tetapi kini sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab. Mereka sering berkongsi momen-momen indah di media sosial, menggambarkan kehangatan dalam setiap detik bersama anak-anak. Melalui setiap pos, terserlah betapa mereka menghargai masa yang dihabiskan bersama, walaupun dalam kesibukan kerja.
Belajar Jadi Baba & Mama Terbaik
Perjalanan menjadi ibu bapa tidak semudah yang disangka. Syahiran dan Uyaina mengakui bahawa mereka masih dalam proses pembelajaran. Kedua-duanya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam didikan anak-anak mereka, membentuk generasi yang bukan sahaja cerdas tetapi juga berakhlak.
Syahiran yang dikenali sebagai seorang yang penyayang, sering kali berkongsi betapa pentingnya komunikasi dalam keluarga. Dia percaya bahawa memberi ruang untuk anak-anak bersuara dan mendengar pandangan mereka adalah kunci kepada hubungan yang sihat.
“Cabaran untuk kami untuk mendidik anak-anak ni bila Jada (nenek) mereka ni biasalanya akan manjakan cucu. Jadi, anak tahu kalau dengan Jada atau Atok mereka boleh dapat semua yang mereka nak.
Bukan salah Jada sebab kita faham kalau cucu ni menag akan ada ‘attachment’ dengan datuk atau nenek mereka, sama macam kita kecil-kecil dulu. Kami tak marah sebab kami faham. Tambah macam mereka ni ada tiga orang yang akan manjakan cucu-cucu iaitu Jada (ibu Uyaina) serta Atok dan Tok Ibu (ibu ayah Syahiran).”
Uyaina pula tidak kurang hebatnya, dia sering menekankan kepentingan kasih sayang dan perhatian dalam membentuk emosi anak-anak bahkan kini selalu berkongsi tentang tip keibubapaan melaui perkongsian di media sosial.
Kehidupan Lebih Positif
Dengan kehadiran Raja Urhan dan Raja Urayyan, setiap hari bagi pasangan ini adalah peluang untuk memperbaiki diri. Mereka sering merancang aktiviti keluarga yang menyeronokkan, seperti bermain di padang. Dalam setiap detik yang dihabiskan, mereka belajar menghargai kebersamaan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang.
“Kami suka bawa anak ke stadium. Padang bola kan luas dan besar jadi macam Urhan dia boleh explore sendiri. Kami beri bola dan dia akan main tendang-tendang bola. Dah dapat tendang bola, baru dia boleh berjalan.
Mungkin boleh jadi tip juga untuk parents di luar sana, kalau nak anak cepat berjalan boleh beri mereka main bola. Selalunya kita bagi anak bola, tapi Urhan sibuk kejar bola orang-orang yang berlatih di situ.”
Bagi Syahiran pula, dia sukakan bonding yang terbentuk antara dirinya dan anak dengan hanya tidur bersama. Sebelum tidur, dia biasanya akan bermain dengan anak-anak untuk mereka jadi letih dan tidur pun akan lebih lena.
“Best bila kita tidur dengan anak ni, bila dia cuddle kita. Mengendeng nak tidur dengan kita, tak perlu buat aktiviti di luar pun tapi saya tetap hargai momen semasa tidur bersama anak.”
Syahiran dan Uyaina juga aktif dalam menyokong satu sama lain dalam kerjaya masing-masing. Mereka memahami bahawa saling memberi sokongan adalah penting, bukan sahaja untuk kerjaya tetapi juga untuk menjaga keseimbangan dalam keluarga.
Dengan cara ini, mereka menunjukkan kepada anak-anak bahawa cinta dan kerjasama adalah asas kepada kebahagiaan.
“I just want to say thank you. Syahiran ni achor, nak besarkan anak-anak ni perlukan pasangan. Bukannya ada pasangan tapi semua buat seorang. Saya seorang yang sangat jujur, kadang-kadang tu jujur sangat. Apa yang perlu dibetulkan, saya akan beritahu tapi Syahiran seorang yang sangat tenang dan selalu ada dengan saya.”
Anak-anak Tak Boleh Pilih Ibu
Kehadiran Urhan dan Urayyan bukan sahaja menambah keindahan dalam kehidupan Syahiran dan Uyaina, tetapi juga membawa mereka ke arah yang lebih positif. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, mereka telah menemukan kekuatan dalam cinta dan keluarga.
“Anak-anak ni tak boleh pilih ibu mereka. Saya sendiri pilih Mama untuk anak-anak saya. Maksudnya saya pilih isteri saya untuk jadi Mama kepada anak-anak kami. Mungkin di mata orang lain dia tak baik tapi untuk saya dia lah yang terbaik.”
Setiap hari adalah peluang untuk belajar, berkembang, dan mencintai dengan lebih mendalam. Dalam melayari bahtera rumah tangga, mereka mengajarkan kepada kita semua bahawa kebahagiaan sejati terletak dalam hubungan yang penuh kasih sayang dan pengertian.
Kehidupan sebagai ibu bapa mungkin tidak selalu mudah, tetapi dengan kehadiran anak-anak, setiap cabaran menjadi lebih berharga. Cinta yang mereka miliki adalah bukti bahawa walau apa pun yang berlaku, keluarga adalah segalanya.
Tonton video Raja Syahiran & Uyaina di sini: