Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya.
Anda boleh cuba untuk menghasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Hanya dengan menggunakan buah-buahan dan bunga-bungaan, anda boleh menghasilkan baja pengggalak agar pokok bunga berbunga lebat.
Bahan-bahan:
Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan:
1. Potong semua buah-buahan.
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik.
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO.
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain.
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari.
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buah-buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol.
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama.
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan: Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Kredit top image: Pexels